Page 58 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 58

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      (Kesederhanaan  Dalam  Kepercayaan  )  membincangkan  soal  kepimpinan  bagi
                                      sesebuah negara Islam.

                   4.   Pendidikan
               •   Al-Ghazali  juga  banyak  memberi  pandangan  dalam  bidang  pendidikan  berdasarkan  pengalamannya
                   sebagai seorang pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyyah. Pada tahun 484 Hijrah al-Ghazali telah
                   dilantik sebagai pengetua (atau boleh juga dikatakan jawatan ketua profesor) al-Madrasah an-Nizamiyyah
                   di Baghdad (yang tarafnya sama dengan Universiti Islam pada hari ini). Ini adalah satu pencapaian yang
                   sangat tinggi, kerana dalam usia baru tiga puluh empat tahun, beliau telah diberi gelaran Syeikh al-Islam,
                   iaitu setinggi-tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi. Al-Ghazali memegang jawatan
                   ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun.
               •   Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi dan telah menjalankan tugas
                   barunya ini dengan baik. Dia telah menarik perhatian daripada ramai para pelajar, yang dekat mahupun
                   yang  jauh.  Nama  al-Imam  Abu  Hamid  al-Ghazali  telah  menjadi  sangat  terkenal  di  waktu  itu,  sebagai
                   seorang alim yang sangat fasih memberikan huraian-huraian pelajaran, sangat pandai berdebat dengan
                   hujah-hujah yang jitu, serta sangat luas dan dalam pula ilmunya.

                   5.  Kenegaraan/Politik
               •   Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada dua perkara iaitu
                   teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, al-Munqiz Minad Dhalal, Al-
                   Iqtishad fil I’tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah
                   negara Islam.

               KESIMPULAN
               •   Imam  al-Ghazali  memanfaatkan  ilmu  yang  dipelajari  daripada  tokoh-tokoh  ulama  serta  kebijaksanaan
                   beliau  berhujah  dengan  mengemukakan  pandangan-pandangan  yang  bernas  menyebabkan  beliau
                   disanjung tinggi oleh umat Islam. Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat
                   tepat berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan
                   kemurnian Islam sekali gus mengelak penyelewangan fahaman oleh barat.

                   Soalan  34:  Sejauhmanakah  Kitab  Ihya  Ulumuddin  telah  memperkenalkan  Al  Ghazali  sebagai
                   “Hujjatul Islam” pada abad 11 M.

                   PENDAHULUAN
                          Imam  al-Ghazali  atau  nama  sebenarnya  Abu  Hamid  Muhammad  bin  Muhammad  bin
                   Muhammad bin Ahmad al-Ghazali, lahir di pinggir Kota Thus, timur laut Iran pada 1058M. Sejak kecil Al
                   Ghazali mengembara untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Antara guru beliau termasuklah Imam al-
                   Radzakani dan Imam al-Abi Nash al-Ismail‟li. Kealiman beliau  telah membolehkan beliau menguasai
                   ilmu falsafah, usuluddin, fekah, mantik dan ilmu hikmah. Gelaran al-Ghazali diambil sempena pekerjaan
                   bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-ghazzal). Pendapat lain mengatakan gelaran ini diambil
                   sempena nama kampung kelahirannya Al-Ghazalah. Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran
                   “Hujjatul Islam” (pembela Islam) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.  Hasil karya
                •   Imam  al-Ghazali  telah  mengarang  lebih  daripada  300  buah  kitab.Kitab  Ihya  Ulumuddin
                   (Menghidupkan  Ilmu-ilmu  Agama)  adalah  kitab  yang  terkenal  yang  dihasilkan  oleh  beliau.  Kitab
                   tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun dan menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman
                   aliran hingga ke hari ini. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak, tasawuf masih
                   menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Kitab ini mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar
                   dalam menangkis serangan materialisme dan juga atiesme. Imam al-Ghazali memberi tajuk kitab beliau
                                                                                                               59
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63