Page 76 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 76
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 43 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat di Mesir pada abad ke-
19M hingga awal abad ke-20M.
PENGENALAN
Sejarah penguasaan Barat ke atas Mesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1789 hingga 1801
dan diikuti British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya
Perang Dunia Pertama. Meskipun British mula melonggarkan cengkaman ke atas pentadbiran Mesir
selepas 1918, namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi. Penjajahan Barat
membangkitkan penentangan masyarakat tempatan di Mesir.
ISI-ISI PENTING
1. Gerakan Rosetta 1807
• Penaklukan Perancis membuatkan kuasa asing seperti British membuka mata dan menilai sendiri
potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. British mengambil peluang berbaik-baik dengan Turki
Uthmaniyah bagi mengusir Perancis termasuk menghantar bantuan ketenteraan. Setelah berjaya
mengusir Perancis, tentera British terpaksa berundur dari bumi Mesir pada tahun 1802 berdasarkan
Perjanjian Amien. Namun, British sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk menakluki Mesir
dan ini terbukti dengan cubaaan untuk menguasainya pada 1807 melalui hubungan antara British
dengan pemimpin Mamluk Mesir, Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, British sanggup
membantu Ali Bey menguasai Mesir dengan syarat pihak British perlu diberi peluang menguasai
pantai- pantai Mesir.
• Meskipun British mengetahui Ali Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun mereka tetap
meneruskan hasrat tersebut. Seramai 2000 orang tentera British tiba di Bandar Rosetta pada Mac
1870 dan berhasrat menjadikan Bandar pesisir pantai itu sebagai pusat gerakan. Penduduk Rosetta
dan gabenornya, Ali Bey telah berusaha mempertahankan Bandar Rosetta dan akibatnya ramai
penduduk tempatan dan tentera British sendiri telah terkorban dalam pertempuran tersebut.
2. Gerakan Naqib al-Ashraf as-Sayyid Umar Makram
• Penentangan terhadap British telah diperhebatkan lagi apabila Naqib al-Ashraf as- Sayyid Umar
Makram menyalakan perjuangan rakyat Mesir dan pelajar-pelajar Universiti al- Azhar. Serangan
dilakukan melalui dua kumpulan tentera iaitu satu kumpulan menguasai Sungai Nil dan satu lagi
menyerang al-Hammad (selatan Rosetta). Akhirnya tentera British menyerah kalah pada 21 April 1807
dan meninggalkan pelabuhan Iskandariah, Mesir pada September 1807.
3. Gerakan Jamaluddin al-Afgani dan Muhammad Abduh
• Gerakan penentangan terhadap penjajahan Barat di Mesir disokong golongan intelektual Islam
77

