Page 13 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 13
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
Soalan 4 : Huraikan peranan golongan Ansar di Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W
PENDAHULUAN
Golongan Ansar atau pembantu adalah merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada suku
Aus dan Khazraj. Mereka telah memeluk Islam hasil pertemuan mereka dengan Nabu Muhammad s.aw di
Makkah melalui Perjanjian Aqabah 1 dan Aqabah 2. Mereka mempelawa Nabi s.aw dan orang Muhajirin
berhijrah ke Madinah. Mereka juga bersetuju melantik Nabi s.a.w sebagai pemimpin mereka dan menyatakan
kesediaan menerima dan mempertahankan Islam serta sentiasa menyokong perjuangan Nabi dan membantu
baginda untuk mempertahankan dan mengembangkan ajaran Islam sepanjang zaman baginda. Terdapat juga
orang Parsi dan Yahudi Madinah yang telah memeluk Islam dan dianggap sebagai sebahagian daripada
golongan Ansar. Golongan Ansar memainkan peranan penting pada zaman Nabi Muhammad di Madinah
ISI-ISI PENTING
1. Menerima dan menyokong perjuangan Nabi
● Dalam peristiwa Perjanjian Aqabah 1 dan 2, golongan Ansar yang terdiri dari orang Aus dan Khazraj
menyatakan kesanggupan mereka menerima Islam dalam kalangan golongan kafir Mekah menentangnya.
Mereka berikrar berjuang bersama-sama nabi. Sokongan mereka berterusan sehingga nabi berhijrah daan
menjadi pemimpin Madinah.
2. Membantu Rasulullah dalam urusan keagamaan dan pentadbiran
● Di Madinah mereka sanggup menerima Rasulullah sebagai pemimpin. Sebahagian golongan Ansar
menjadi Ahli Majlis Syura tertinggi contohnya Abu Ubaidah Al-Jarrah dan ramai lagi yang banyak membantu
nabi dalam pentadbiran.. Mereka turut terbabit dalam membantu nabi membantu menggubal Piagam
Madinah yang merupakan asas penubuhan Negara Islam pertama.
3. Menjalankan usaha dakwah
● Golongan Ansar bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas peristiwa Perjanjian Aqabah I dan 2 pada tahun ke 11, 12 dan 12 kerasulan Nabi
Muhammad saw. Baginda melantik 12 naqib (9 Khazraj dan 3 Aus) untuk membimbing umat islam di
Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas di Madinah. Sebahagian golngan
Ansar menjadi guru agama dan pendakwah serta mengembangkan Islam di luar kota Madinah. Sebahagian
mereka dilantik menjadi utusan diplomatik untuk memperkenalkan Islam di dalam dan di luar Semenanjung
Tanah Arab, sekaligus menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya, Muaz bin Jabal
diutuskan ke Yaman untuk mengembangkan Islam di sana.
4. Merintis penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan pelantikan pemimpin negara.
● Golongan Ansar mempelawa Nabi dan golongan Muhajirin meninggalkan kota Mekah yang penuh
penentangan untuk berhijrah ke Madinah. Mereka sanggup melantik nabi menjadi pemimpin utama di
Madinah. Sesungguhnya Perjanjian Aqabah 1 dan 2 merintis jalan kepada peristiwa hijrah Nabi dan
golongan Muhajirin. Penghijrahan ini menjadi asas kepada penguasaan politik umat Islam di Madinah.
5. Membantu menyebarkan Islam
● Golongan Ansar bertanggung jawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Proses ini
bermula selepas Peranjian Aqabaah 1 dan 2. Rasulullah telah melantik 12 Naqib (9 khazraj) dan (3
Aus) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih
meluas. Mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Islam dan menyampaikan berita tentang Nabi
Muhammad dan kaum muslimin di Mekah kepada penduduk Madinah. Hasil usaha para Naqib yang gigih
14

