Page 92 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 92

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Bentuk  pentadbirannya  akan  diputuskan  dan  sekutu-sekutunya  yang  lain  serta
                                      Sharif Husain, gabenor Makkah.

                   2.  Kawasan–kawasan di bawah penguasaan British
                    ●  Kawasan-kawasan yang hanya dikhususkan kepada British melibatkan pelabuhan Haifa dan Arce.
                    ●  Jaminan terhadap bekalan air daripada Sunga Tigris dan Euphrates dalam kawasan A (Syria dan
                       Mosul) ke kawasan B (wilayah-wiayah di antara Palestin hingga ke sempadan Iran).
                    ●  Alexandretta  dan  Haifa  dijadikan  pelabuhan  bebas  sebagai  satu  penghormatan  kepada  aktiviti
                       perdagangan British dan Perancis.
                    ●  Dalam kawasan A, landasan keretapi Baghdad ke kawasan selatan tidak akan dibuka hingga ke
                       Mosul.  Begitu  juga  dengan  kawasan  B  yang  ditutup  hingga  ke  Samarra,  sehinggalah  siap
                       pembinaan  landasan  yang  menyambungkan  kawasan  Baghdad  dengan  Aleppo  melalui  pinggir
                       sungal Euphrates.
                    ●  British  diberi  hak  membina,  mentadbir,  dan  memiliki  landasan-landasan  keretapi  yang
                       menyambung  pelabuhan  Haifa  dengan  kawasan  B.  Sebagai  tambahan,  British  juga  diberi  hak
                       untuk  mengekalkan  tentera-tenteranya  di  kawasan  tersebut  dan  dibenarkan  membawa  masuk
                       tentera-tenteranya pada bila bila masa yang dikehendaki.
                   3.  Hak percukaian dan hubungan luar
                    ●  Dalam  jangka  masa  20  tahun,  sistem  percukaian  kerajaan  Uthmaniyah  akan  dikekalkan  dan
                       dikuatkuasakan di kawasan Biru dan Merah sebagaimana yang dilaksanakan di kawasan A dan B,
                       tanpa ada sebarang peningkatan dan perubahan dari segi kadar bayaran dan sebagainya.
                    ●  Perancis tidak dibenarkan untuk melaksanakan sebarang bentuk perjanjian dengan mana-mana
                       kuasa asing selain British dan negara Arab berhubung dengan hak-haknya di kawasan Biru tanpa
                       keizinan daripada His Majesty's Government terlebih dahulu sebagaimana syarat yang dikenakan
                       ke atas kawasan Merah.
                    ●  Perancis dan British bersetuju tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana- mana
                       kuasa ketiga yang cuba menyertai kedua- dua kuasa Barat itu di Semenanjung Tanah Arab.
                   4.  Kerjasama Ketenteraan
                    ●  Mereka tidak dihalang untuk bekerjasama dalam bentuk latihan ketenteraan berdekatan dengan
                       Laut Merah kerana ini perlu bagi mengawal sempadan wilayah-wilayah mereka daripada serangan
                       kerajaan Uthmaniyah.
                    ●  Perjanjian-perjanjian dengan masyarakat Arab berhubung dengan sempadan-sempadan negara
                       Arab atau penyatuan negara-negara Arab dibuat mengikut saluran yang sama sebagaimana yang
                       telah  dilaksanakan  sebelum  itu  atas  nama  kedua-dua  kuasa  Barat  berkenaan  (British  dan
                       Perancis).
                    ●  Bagi kawalan ke atas aktiviti kemasukan barangan import ke kawasan orang orang Arab, kawalan
                       akan diselenggarakan oleh kedua-dua kerajaan penjajah itu.

                   5.  Dasar kolonisasi dan sempadan baharu negara Arab
                    ●  British dan Perancis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah jajahannya.
                    ●  Kesannya,  muncul  negara  bangsa  apabila  sempadan-  sempadan  telah  digariskan  dengan
                       memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama (Islam).
                    ●  Muncul negara bangsa Arab baharu seperti Turki, Syria, Jordan, dan lain-lain.

                   KESIMPULAN
                      Kesimpulannya,  penglibatan  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  dalam  Perang  Dunia  Pertama  telah
                   mengubah  landskap  dunia  Islam  keseluruhannya.  Menerusi    Perjanjian  Sykes-Picot,  bukan  sahaja
                   menunjukkan sikap talam dua muka pihak Kristian Barat seperti janji palsu antara British dengan Sharif
                   Husain dan pemimpin Arab yang lain, bahkan tindakan mereka menampilkan permusuhan tradisi kuasa

                                                                                                               93
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97