Page 90 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 90

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      kepercayaan tahyul. Perjuangan ini dilakukan melalui pidato dan syarahan umum
                                      kepada umat Islam termasuk kepada penuntut Universiti al Azhar.
                    ●  Selain itu, golongan ini juga menggunakan media  cetak untuk menyuarakan idea nasionalisme
                       seperti Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh menggunakan akhbar al Urwah al Wuthqa
                       dan al Manar, manakala Rashid Rida menggunakan akhbar al Salafiya.

                   2.  Memperjuangkan Konsep Pan Islamisme
                    ●  Selain  itu  golongan  intelektual  berpendidikan  agama  juga  telah  memperjuangkan  konsep  Pan
                       Islamisme. Ia adalah konsep penyatuan dunia Islam menentang dasar imprealisme Barat bertujuan
                       untuk  menamatkan  perluasan  kuasa  Barat  di  Mesir  dan  menonjolkan  pemerintahan  khalifah
                       Uthamaniyyah sebagai penaung kerajaan dan umat Islam.
                    ●  Idea ini dipelopori oleh Jamaluddin al Afghani, bukan sahaja telah menarik sokongan umat Islam
                       di Mesir, malah dunia Islam turut sama memberikan sokongan dan dorongan serta secara tidak
                       langsung menyebabkan kuasa Barat mula berhati-hati dan peka dengan segala dasar yang berkait
                       rapat dengan dunia Islam.
                    ●  Perjuangan ini turut membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.




                   3.  Menubuhkan organisasi yang sistematik
                    ●  Golongan  intelektual  turut  berperanan  dalam  membangkitkan  semangat  nasionalisme  Mesir
                       melalui penubuhan organisasi yang lebih sistematik.
                    ●  Bagi memastikan perjuangan tersusun dan mencapai apa yang dihasratkan atau setidak-tidaknya
                       British sedar akan tuntutan rakyat, golongan Intelektual ini telah menubuhkan organisasi sama ada
                       secara terbuka  mahupun sulit.
                    ●  Pertubuhan terawal ditubuhkan ialah Misri al Falat diikuti oleh al Hizb al  Watani al Hurry yang
                       bertujuan menamatkan penjajahan Barat di bumi Mesir.
                    ●  Penubuhan organisasi seumpama ini menjadi asas kepada pembentukan parti politik sebagaimana
                       yang  diinisiatifkan  oleh  golongan  berpendidikan  Barat  yang  menubuhkan  Parti  Wafd  bagi
                       memperjuangan kemerdekaan Mesir.

                   4.  Menubuhkan institusi pendidikan
                    ●  Bagi melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan golongan intelektual telah menubuhkan
                       dan mengimarahkan institusi-institusi pendidikan.
                    ●  Golongan intelektual telah membuka madrasah bagi mendedahkan kepada masyarakat Mesir akan
                       pentingnya teknologi dan bukannya sekadar mempelajari ilmu agama untuk maju, meningkatkan
                       taraf hidup dan bersaing dengan kuasa asing.
                    ●  Sehubungan  dengan  itu,  institusi  pendidikan  yang  mementingkan  kurikulum  berkenaan  telah
                       dibuka, antaranya madrasah al Dakwah wa al Irsyad yang diusahakan oleh Rasyid Rida.
                    ●  Penubuhan  madrasah  ini  akan  melahirkan  lebih  ramai  cendiakawan  Islam  serba  boleh  yang
                       mampu memimpin umat kearah kemajuan.
                    ●  Penubuhannya juga telah memberi kesan kepada kebangkitan semangat kebangsaan di Mesir.

                   5.  Menghasilkan karya
                    ●  Golongan intelektual juga menggunakan karya sastera untuk menaikkan semangat nasionalisme
                       dalam  kalangan  masyarakat  tempatan  sama  ada  dalam  bentuk  saranan,  kritikan  dan  sindiran
                       terhadap mana-mana pihak.
                    ●  Pelbagai bahan yang dihasilkan, ada yang berbentuk prosa seperti novel dan cerpen, dan ada yang
                       berbentuk puisi khasnya sajak. Rashid Rida telah menghasilkan karya seperti Tarikh al Ustadz al
                       Imam, Hiqiqah al Riba dan al Wahabiyyun wa al Hijaz.


                                                                                                               91
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95