Page 88 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 88

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      dengan  termeterainya  Perjanjian Versailles. Antara syarat Perjanjian Versailles
                                      ialah  England  menyerahkan  kesemua  13  tanah  jajahan  dan  mengakui
                       kemerdekaan  Amerika  Syarikat.  Kesannya,  rakyat  Amerika  memperjuangkan  semangat
                       nasionalisme Amerika dan melaksanakan dasar peluasa kuasa.
                    ●  Semangat kebangsaan ini turut mempengaruhi masyarakat Arab seperti Mesir yang masih berada
                       di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki telah
                       menyertainya dengan bekerjasama dengan Jerman. Kekalahan Jerman dan Turki dalam Perang
                       Dunia  Pertama  menyebabkan  negara-negara  Arab  turut  berusaha  membebaskan  diri  daripada
                       pemerintahan Turki Uthmaniyah.
                    ●  Selain itu, tentera Amerika Syarikat turut bertapak di bumi Mesir semasa Perang Dunia Pertama
                       dan fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk mempertahankan imej
                       dan maruah negara daripada cengkaman penjajah Barat.
                    ●  Hal ini telah menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme
                       untuk menuntut kemerdekaan.

                   3.  Pengaruh Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )
                    ●  Kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir juga adalah akibat faktor luaran, daripada tercetusnya
                       Perang Dunia Pertama 1914-1918.
                    ●  Rakyat Mesir terutama golongan petani telah dikerah British meninggalkan pekerjaan dan menjadi
                       sukarelawan Pertubuhan Palang Merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin,
                       Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, ramai rakyat Mesir terkorban.
                    ●  Pada masa sama, kehadiran ramai tentera Bersekutu di Mesir telah menjadikan penduduk berasa
                       lemah dan amat mengharapkan bantuan untuk melindungi dan mempertahankan mereka di negara
                       sendiri.
                    ●  Tentera  Amerika  Syarikat  turut  bertapak  di  bumi  Mesir  dan  fenomena  ini  telah  menimbulkan
                       kesedaran  kepada  rakyat  Mesir  untuk  mempertahankan  imej  dan  maruah  negara  daripada
                       cengkaman penjajah  Barat dan hal  ini telah  menyuntik semangat kebangsaan  hingga  akhirnya
                       melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan.

                   4.  Penjajahan Barat ke atas Mesir dan negara-negara Arab lain.
                    ●  Mesir dan negara Arab lain tunduk dan patuh kepada pemerintahan Khalifah Turki Uthmaniyah.
                       Namun, selepas berlakunya penjajahan Perancis dan British ke atas Mesir, rakyat tempatan mula
                       terdedah kepada cara hidup baharu melalui transformasi dari segi keilmuan dan pemikiran Barat
                       sehingga membangkitkan semangat nasionalisme.
                    ●  Sejak Terusan Suez dibuka pada tahun 1869, negara-negara Barat seperti British dan Perancis
                       saling berlumba untuk menguasai Mesir. Pengaruh kuasa British semakin kuat mulai tahun 1875
                       apabila pemerintah  Mesir (Khedive  1863-1879) menjual sebahagian besar saham Mesir dalam
                       Terusan Suez kepada British.
                    ●  Di samping itu, Mesir berhutang dengan British dan Perancis. Mesir tidak dapat membayar hutang
                       menyebabkan British dan Perancis memasuki Mesir dan melangsaikan hutang-hutang Mesir.
                    ●  Oleh itu, sejak tahun 1876 British dan Perancis mula campur tangan dalam pemerintahan Mesir.
                       Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Mesir.
                    ●  Gerakan  penentangan  yang  dipimpin  oleh  Arabi  Pasha    walaupun  gagal  telah  menbangkitkan
                       semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Mesir.

                   5.  Pengaruh ideologi Barat
                    ●  Pengaruh ideologi barat pelajar tempatan yang menuntut di Eropah juga menyumbang kepada
                       kemunculan semangat nasionalisme di Mesir.
                    ●  Kebangkitan gerakan nasionalisme Mesir bermula apabila berlakunya Pemberontakan Arabi Pasha
                       (1881–1882). Pada mulanya, pemberontakan ini ialah gerakan anti orang asing (Inggeris, Perancis,
                       dan Turki) atau campur tangan asing, tetapi akhirnya menjadi sebuah gerakan untuk menuntut
                                                                                                               89
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93