Page 89 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 89
Modul Sejarah STPM
Semester 2 /2021
perubahan sistem pemerintahan dan menentang penyalahgunaan kuasa
pemerintah. Gerakan Arabi ini timbul kerana pengaruh Jamaluddin al-Afghani
yang ketika itu menjadi tenaga pengajar di Mesir. Penentangan rakyat yang dipimpin oleh Arabi
Pasha ini sangat membahayakan kedudukan British dan Perancis di Mesir. Perkembangan ini
mempengaruhi pelajar-pelajar yang menuntut di Eropah.
● British akhirnya bertindak dan berjaya menumpaskan pemberontakan daripada gerakan Arabi
Pasha.
● Selepas kegagalan pemberontakan Arabi Pasha, muncul pula gerakan Pan Arab yang dirintis oleh
Amir Syakib Arslan yang menganjurkan penyatuan semua bangsa Arab dengan tujuan untuk
mencapai kemerdekaan bangsanya. Sekalipun pemberontakan Arabi Pasha berhasil dipadamkan,
namun cita-cita perjuangan Arabi Pasha merupakan sumber aspirasi semangat nasionalisme
bangsa Mesir.
● Hal ini terbukti apabila pada tanggal 7 Desember 1907 telah diadakan kongres nasional yang
pertama di bawah pimpinan Mustafa Kamal yang berpendidikan Barat (Fakulti Undang-undang
Universiti Toulouse, Perancis). Tujuan kongres ini diadakan adalah untuk pembangunan Mesir
secara liberal untuk mencapai kemerdekaan penuh.
● Pemerintah Mesir yang dipengaruhi oleh Inggeris berusaha untuk menindas gerakan ini, akan
tetapi gerakan nasional ini tetap hidup dan makin kuat bahkan kemudian menjelma menjadi Parti
Wafd (utusan) di bawah pimpinan Saad Zaghlul Pasha.
● Selesai Perang Dunia I, Parti Wafd menuntut Mesir sebagai negara merdeka dan ikut serta dalam
konferensi perdamaian di Perancis. Walau bagaimanapun, British menolak, bahkan mengasingkan
Zaghlul Pasha ke Malta.
● Pada tahun 1919, di Mesir, telah timbul suatu pemberontakan dan Zaghlul Pasha dibebaskan
kembali. Kaum nasionalis Mesir menuntut kemerdekaan penuh. Pemberontakan diteruskan,
namun Zaghlul Pasha ditangkap lagi dan diasingkan ke Gibraltar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kemunculan semangat nasionalisme Mesir berkait rapat dengan pengaruh
nasionalisme yang berkembang di luar seperti di Eropah, Amerika, dan Asia. Hal ini membangkitkan
lagi kesedaran rakyat Mesir tentang kepincangan yang berlaku dalam negara. Semangat nasionalisme
ini direalisasikan melalui pemberotakan rakyat dalam gerakan antiasing dan perjuangan menuntut
kemerdekaan.
Soalan 49: Bincangkan peranan golongan intelektual dalam membangkitkan semangat
nasionalisme di Mesir pada abad ke-20
PENGENALAN
Perluasan kuasa British di Mesir bermula apabila berjaya mengusir Perancis pada tahun 1801. Sejak
daripada peristiwa itu, British berusaha mencari ruang dan peluang untuk bertapak dan menguasai
Mesir. Kejayaan menguasai Mesir disusuli dengan dasar menguasai kekayaan dan mengabaikan nasib
penduduk tempatan telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan rakyat sekaligus telah
membawa kepada kebangkitan semangat kebangsaan dengan hasrat memulihkan kembali umat Islam
dan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Golongan intelektual diketuai oleh nasionalis
berpendidikan agama dan berpendidikan Barat berperanan penting dalam gerakan atau perjuangan ini.
ISI-ISI PENTING
1. Membawa Gerakan Pemulihan Islam
● Perjuangan ini digerakkan oleh nasionalis berpendidikan agama khususnya daripada Universiti al
Azhar. Antara nasionalis yang menggerakkan perjuangan ini ialah Jamaluddin al Afghani,
Muhammad Abduh dan Rashid Rida
● Asas perjuangan individu ini ialah menyeru kepada orang-orang Islam agar kembali kepada ajaran
yang sebenar dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis serta menolak amalan serta
90

