Page 87 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 87

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      dan diterukan oleh tokoh nasionalisme Mesir selepasnya.

                   KESIMPULAN
                      Kebangkitan semangat nasinalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
                   kepincangan yang berlaku dalam Negara.  Pelbagai faktor dalaman mendorong kebangkitan
                   nasionalisme di Mesir sama ada dalam aspek politik ,ekonomi dan sosial.  Kesan penentangan yang
                   berterusan oleh nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada
                   tahun 1922.










                   Soalan  48  :  Bincangkan  faktor  luaran  yang  membawa  kepada  kebangkitan  semangat
                   nasionalisme di Mesir pada awal abad ke-20.

                   PENDAHULUAN
                      Nasionalisme  bermaksud  perasaan  cinta  dan  taat  setia  kepada  tanah  air  dan  bercita-  cita
                   membebaskan  negara  dan  bangsa  daripada  penguasaan  asing.  Pentadbiran  ala-Barat  yang
                   diperkenalkan  oleh  British  dan  penindasan  pemerintah  Mesir  tidak  disenangi  oleh  penduduk  yang
                   majoritinya beragama Islam. Lebih membimbangkan, ramai golongan elit Mesir terpengaruh dengan
                   ideologi  sekularisasi  dan  modenisasi  Barat  yang  mengancam  syiar  Islam  .  Situasi  ini  melahirkan
                   pelbagai gerakan nasionalisme yang memperjuangkan Islam dan nasib rakyat Mesir daripada terus
                   ketinggalan dalam arus pemodenan. Kebangkitan nasionalisme di Mesir didorong oleh pengaruh luar
                   yang berlaku di Eropah, Amerika, dan Asia.

                    ISI-ISI PENTING
                    1.  Pengaruh gerakan nasionalisme di Eropah ( Revolusi Perancis 1789-1799 )
                    ●  Pengaruh  luar  seperti    gerakan  nasionalisme  yang  melanda  Eropah  abad  ke-18M,  khasnya
                       Revolusi Perancis 1789- 1799 menjadi faktor penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme
                       di Mesir.
                    ●  Di  Eropah,  sebelum  kemunculan  nasionalisme,  masyarakat  umumnya  setia  kepada    pemimpin
                       tertentu,  bukannya  negara  mereka.  Situasi  sama  juga  berlaku  di  Mesir  dan  negara  Arab  lain.
                       Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 telah meninggalkan kesan yang amat signifikan
                       dalam  sejarah  politik  negara-negara  Eropah.  Kemunculan  negara  Republik  Perancis  dan
                       penghapusan pemerintahan beraja meninggalkan kesan kepada idea kebebasan, persamaan, dan
                       persaudaraan.
                    ●  Semangat nasionalisme  dalam kalangan rakyat menyebabkan  negara-negara  Eropah lain turut
                       meningkatkan kemajuan negara masing-masing.
                    ●  Semangat nasionalisme turut mempengaruhi rakyat Mesir untuk membebaskan diri dari penjajahan
                       Barat dan penguasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

                   2.  Pengaruh Revolusi Amerika ( 1775-1783 )
                    ●  Pada pertengahan tahun 1775, George Washington telah dilantik memimpin tentera Amerika dalam
                       Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat. Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir
                                                                                                               88
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92