Page 93 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 93

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      Kristian  dengan  dunia  Islam.  Setelah  perang  tamat,  kekuasaan  Uthmaniyah  di
                                      Timur  Tengah  berakhir  dan  digantikan  dengan  penjajahan  kuasa  Barat  dalam
                   bentuk kuasa mandat dan perjanjian dengan pemimpin Arab tempatan.


















                   Soalan 51: Gerakan Turki Muda telah mempengaruhi penglibatan Kerajaan Turki  Uthmaniyah
                   dalam Perang Dunia  Pertama. Bincangkan.

                   PENDAHULUAN
                      Perang Dunia Pertama tahun 1914-1918 berlaku di antara Britsh, Perancis, Rusia dan Itali sebagai
                   kuasa  Bersekutu  di  satu  pihak  manakala  Jerman,  Austria-Hungary  dan  Turki  Uthmaniyah  sebagai
                   Kuasa Paksi di satu pihak lain. Jika dilihat latar belakang sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama,
                   gerakan  nasionalisme,  konflik  di  Balkan  dan  Perang  Crimea  menjadi  faktor  pendorong  berlakunya
                   peperangan. Namun, berdasarkan situasi yang agak kompleks dan saling berkait rapat, faktor utama
                   penglibatan Turki Uthmaniyah dalam  Perang Dunia  Pertama  digerakkan oleh  golongan Turki  Muda
                   melalui badan politiknya iaitu Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (CUP). CUP ditubuhkan dengan
                   tujuan merebut kuasa  daripada Sultan Abdul Hamid II, memulihkan sistem pemerintahan perlembagaan
                   dan memertahankan kedaulatan  Tuki Uthmaniyah. Era rejim Turki Muda (1908 – 1918) merupakan
                   peringkat akhir empayar Uthmaniyah.

                   ISI-ISI PENTING
                   1.  Keinginan Mempertahankan Kedaulatan Empayar Turki Uthmaniyah
                    ●  Golongan Turki Muda ingin mempertahankan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
                    ●  Pada tahun 1908, berlaku krisis politik dalaman kerajaan Turki Uthmaniyah akibat rampasan kuasa
                       oleh rejim Turki Muda terhadap Sultan Abdul Hamid II. Situasi ini membuka peluang kepada negara
                       Austria, Sebia dan Rusia untuk menguasai wilayah Balkan yang berada di bawah kekuasaan Turki
                       Uhtmaniyah.
                    ●  Pada  tahun  1912,  persekutuan  Bulgaria,  Serbia  dan  Yunani  dan  Montenegro  mengisytiharkan
                       Perang Balkan sehingga berjaya mengalahkan Turki Uthmaniyah. Peperangan ini berakhir dengan
                       Perjanjian London pada 10 Jun 1913 di mana Turki Uthmaniyah kehilangan semua wilayahnya di
                       Semenanjung Balkan.
                    ●  Gerakan Turki Muda ingin mengheret kerajaan Turki Uthmaniyah ke dalam kancah Perang Dunia
                       Pertama dengan harapan akan memperoleh kembali wilayahnya yang telah merdeka atau dikuasai
                       oleh kuasa lain.
                    ●  Gerakan  Turki  Muda  mempunyai  semangat  nasionalisme  tinggi  serta  ingin  mengembalikan
                       kegemilangan  wmpayar  Turki  Uthmaniyah.  Mereka  bersedia  mengambil  risiko  dengan
                                                                                                               94
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98