Page 94 - MODUL SEM 2 2021 (2)_Neat
P. 94

Modul Sejarah STPM
                                                                                                  Semester 2 /2021
                                      menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

                   2.  Mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman
                    ●  Gerakan Turki Muda juga telah mengadakan perjanjian sulit dengan Jerman.
                    ●  Menjelang  Perang  Dunia  Pertama,  Gerakan  Turki  Muda  yang  diketuai  oleh  pemimpin  tiga
                       serangkai iaitu Talat Bery Pasya, Ismail Enver Pasha dan Jamal Pasha telah mengamalkan dasar
                       pro-Jerman (kuasa Axis) sebagai langkah untuk menuntut bela terhadap kuasa Berikat (British,
                       Perancis dan Rusia) yang selama ini menceroboh dan mengancam wilayah Turki Uthmaniyah.
                       Mereka juga bimbang rancangan dan kebangkitan Rusia yang mejadi musuh tradisi empayar Turki
                       Uthmaniyah.
                    ●  Penglibatan kerajaan Turki Utmaniyah  dalam  Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914
                       apabila  Perdana  Menteri,  Saad  Halim  Pasha  (salah  seorang  pemimpin  Turki  Muda)
                       menandatangani perjanjian sulit yang menyatakan sokongan terhadap Jerman sekiranya Jerman
                       dapat memberikan bantuan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah dalam krisis Austria dan Serbia di
                       rantau Balkan.
                    ●  Sehubungan itu, kerajaan Turki Uthmaniyah telah membenarkan dua buah kapal perang Jerman
                       berlabuh di Selat Dardanelles dan menutup selat tersebut daripada digunakan oleh kapal perang
                       British.
                    ●  Tindakan ini menyebabkan kuasa Eropah dan Rusia memprotes kerana ianya mencabuli dasar
                       berkecuali  kerajaan  Turki  Uthmaniyah.  Tindakan  rejim  Turki  Muda  memihak  Jerman  telah
                       menempah kecelakaan kepada empayar Turki Uthmaniyah. Pihak axis kalah pada 1918 dalam
                       Perang Dunia Pertama menyebabkan rejim Turki Muda turut tumbang. Ketiga-tiga pemimpin utama
                       Turki Muda (CUP) iaitu Talat, Enver dan Jamal telah melarikan diri ke luar negara dengan menaiki
                       sebuah kapal Jerman.

                   3.  Menggunakan strategi Pan-Islamisme
                    ●  Gerakan  Turki  Muda  menggunakan  strategi  Pan-Islamisme  untuk  mengheret  kerajaan  Turki
                       Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
                    ●  Semasa Peranh Dunia Pertama, Gerakan Turki Muda melalui Ismail Enver Pasha selaku Menteri
                       Pertahanan  telah  menggunakan  strategi  Pan-Islamisme  (perpaduan  umat  Islam  sedunia)  bagi
                       mencabar pihak Berikat. Namun begitu, strategi ini gagal untuk memperoleh skokongan daripada
                       umat Islam melainkan di Libya.
                    ●  Sebaliknya, pada 1916 sebahagian umat Islam daripada bangsa Arab yang diketuai oleh Syarif
                       Hussain, gabenor Turki Uthmaniyah di Makkah telah  mengiytiharkan perang terhadap empayar
                       Turki Uthmaniyah dengan sokongan daripada pihak Barat.
                    ●  Syarif Hussain bertindak demikian kerana British berjanji untuk membantunya mendirikan sebuah
                       negara Arab merdeka di wilayah Arab yang dirampas daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.

                   4.  Menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi
                    ●  Gerakan Turki Muda juga ingin menyelamatkan Turki Uthmaniyah dari Gerakan Kristianisasi.
                    ●  Ada kalangan pemimpin Gerakan Turki Muda yang mempunyai pandangan lebih jauh dengan cita-
                       cita  untuk  menyelamatkan  kerajaan  Turki  Uthmaniyah  daripada  Gerakan  Kristianisasi  dan
                       mendakwa  Sultan  Abdul  hamid  II  menjadi  penyebab  kepada  ketidakupayaan  kerajaan  untuk
                       menghapuskan penentangan sama ada dari dalam dan luar negara.
                    ●  Negara-negara Barat mulai mengambil kesempatan dari krisis politik ini untuk menguasai wilayah-
                       wilayah Turki Uthmaniyah. Kekalahan dalam Perang Balkan 1 pada tahun 1913 menyebabkan
                       golongan tentera Turki Uthmaniyah bergabung dengan Gerakan Turki Muda melakukan rampasan
                       kuasa terhadap pemerintahan Perdana Menteri Turki Uthmaniyah,
                    ●  Kamil  Pasha.  Turki  Muda  akhirnya  menguasai  pemerintahan  Turki  Uthmaniyah  secara  mutlak.
                       Pemerintahan dikendalikan 3 pasha iaitu Ismail Enver (Anwar) Pasha selaku Menteri Pertahanan,
                       Muhammad Talaat Pasha selaku Menteri Dalam Negeri dan Ahmad Jamal Pasha sebagai Menteri
                       Angkatan Laut. Perdana Menteri baharu ialah Said Halim Pasha yang merupakan anggota CUP,
                                                                                                               95
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99