Page 55 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 55

Subsumption                                    TEORI KOGNITIF – DAVID AUSUBEL

               Terbitan




         •    Maklumat yang dipelajari oleh murid daripada pelbagai bidang akan menjadi struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses
              subsumption (penggantian).

         •    Dalam proses subsumption terbitan, maklumat baru akan terbit daripada pengetahuan sedia ada.

         •    Sebagai contoh, guru memberitahu murid bahawa semua binatang liar adalah bahaya. Murid kemudiaannya akan mengingat semula
              pengalaman dengan binatang liar seperti melihat harimau di Zoo Negara.

         •    Justeru, pemikirannya akan bertindak secara subsumption terbitan. Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau
             adalah seekor binatang berbahaya.
                                                                                                                                                                Subsumption
                                                                                                                                                                   Korelatif


         •    Dalam proses subsumption korelatif, maklumat diterima melalui proses pengembangan makna dalam struktur kognitif.

         •    Ini bermakna konsep asas yang dipelajari dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar.

         •    Contohnya, murid telah mempelajari fakta permukaan bentuk sfera mudah bergerak dari permukaan bentuk segiempat. Apabila murid
              melihat roda, dia dapat mengaitkan pengalaman ini kepada fakta yang telah disampaikan oleh gurunya.

         •    Murid dapat mengaitkan kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.

         •    Murid juga memperoleh maklumat tambahan kerana dapat melihat bagaimana keadaan bentuk sfera dan segi empat bergerak.








   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60