Page 56 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 56

TEORI KOGNITIF – DAVID AUSUBEL
            Penyusunan






         •    Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optima berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara corak pemikiran murid dengan
              bahan pembelajaran yang baharu.

         •    Tujuan penyusunan awal ialah mengaitkan idea baru dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif murid supaya proses
              mengasimilasi maklumat baru menjadi lebih berkesan.

         •    Sebagai contoh, seorang guru yang ingin mengajar puisi dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusunan awal yang mudah seperti :

             Bertanyakan kepada murid “Apa itu puisi” dan mendeklamasikan satu puisi kepada murid sebagai set induksi sebelum
             Memulakan pembelajaran.

         •    Menurut Ausubel, terdapat dua jenis penyusunan awal :







                        Penyusunan Awal Perbandingan                                                             Penyusunan Awal Ekspositori

                 Penyusunan awal perbandingan mengingatkan murid tentang                               Penyusunan awal ekspositori memberikan murid pengetahuan baru
                 maklumat yang wujud dalam pemikiran. Ia merupakan maklumat                            yang mereka perlukan untuk pembelajaran topik baru.

                 penting tetapi mungkin dilupai murid. Fungsi penyusunan awal                          Guru boleh memberikan maklumat ini dalam bentuk penyataan atau
                 perbandingan ialah menolong mereka memanggil dan mengingatinya                        dalam bentuk definisi konsep yang umum.
                 semula.






   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61