Page 108 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 108
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH
Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Ia melibatkan
perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi
pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan
dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di
kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

