Page 107 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 107

KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH






                                                                  CIRI-CIRI KOMUNIKASI SEORANG GURU


        MENGAMALKAN DEMOKRASI DALAM KOMUNIKASI
        Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki                                              KESEDIAAN UNTUK MENDENGAR
        komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan                                                      Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan
        melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa                                                penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting
        berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka                                               sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi
        bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang                                                   penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar
        disenangi oleh guru dan rakan lain.                                                                                oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses
                                                                                                                           berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan
        MENGGUNAKAN BAHASA YANG BERKESAN                                                                                   mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk

        Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik                                                 mendengar.
        darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid
        perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas.
        Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan                                                  MENYESUAIKAN DIRI DENGAN SITUASI
        pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.                                                         Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi.
        MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN                                                                                    Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu
                                                                                                                           menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau
        Proses komunikasi juga melibatkan domain afektif, di samping kognitif dan                                          kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri
        psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain,                                              daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza.
        termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang                                                         Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut
        tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau                                                 keadaan.
        mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar
        akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang
        sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.




                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112