Page 16 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 16

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
          Membina Ayat daripada Kata Berimbuhan Apitan

        Contoh Soalan dan Jawapan
          Soalan      Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  tiga kata berimbuhan apitan.
                     Kemudian, anda dikehendaki untuk membina  satu ayat anda sendiri daripada setiap
                     perkataan yang dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
                     tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan
                     itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menumpukan  kepada
          kualiti berbanding dengan kuantiti sebelum ini. Program membaca diselaraskan dengan
          pencapaian  pendidikan  pada  peringkat  global  yang  berasaskan  dua  pentaksiran  antarabangsa,
          iaitu  Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan  Programme for
          International Student Assessment (PISA). Kajian PISA pada tahun 2012 terdapat jurang yang besar   Bab     2
          antara murid bandar dengan murid luar bandar. Hal ini demikian kerana, murid-murid tidak
          dapat menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan
          menaakul, membuat refleksi, dan menilai.
          Dipetik dan diubah  suai daripada ‘Sistem IQ NILAM Bantu Lahirkan Pembaca Berkualiti’ oleh Norafizah
                                                          Abdul Razak, Majalah Pendidik, Januari 2019)


          Jawapan

          (i)   menumpukan
               Ayat: Cikgu Amir menasihati murid-muridnya supaya sentiasa menumpukan perhatian
               semasa beliau sedang mengajar.

          (ii)   berasaskan
               Ayat: Sejarah sesebuah negara hendaklah ditulis dengan berdasarkan fakta dan intreprestasi
               yang tepat.
          (iii)   keupayaan
               Ayat: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji kesiapsiagaan dan keupayaan
               Malaysia dalam menangani jangkitan COVID-19.


           Membina Ayat daripada Kata Pinjaman
        1.   Kata pinjaman ialah perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing yang dibawa masuk ke dalam
           bahasa Melayu. Peminjaman kata berlaku kerana pertembungan bahasa yang menyebabkan berlaku
           penyerapan kata bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, peminjaman kata juga berlaku
           kerana perkembangan teknologi yang berlaku.
        2.   Kata pinjaman dalam bahasa Melayu dipinjam daripada pelbagai bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris,
           bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Indonesia, dan bahasa Cina.
        3.   Yang berikut ialah contoh-contoh kata pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu.

              Bahasa Inggeris        Bahasa Arab         Bahasa Sanskrit         Bahasa Cina
                  teknologi              solat                syurga                teko

                    akses                zakat                negara               tocang
                    blok                ibadah                sastera               gincu



                                                                                            89
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21