Page 18 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 18

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           (b)  Kesalahan pengimbuhan
                             Pengimbuhan yang Salah         Pengimbuhan yang Betul
                                   menyetabilkan                 menstabilkan
                                  mengategorikan                mengkategorikan
                                   menakrifkan                   mentakrifkan
                                   memamerkan                    mempamerkan
                                     meplagiat                    memplagiat
                                    mevetokan                     memvetokan
                                     meziarahi                    menziarahi
                                    ketrampilan                  keterampilan
                                     menawet                       mengawet
                                  mempersonakan                 mempesonakan                        Bab     2

      Contoh Soalan dan Jawapan

         Soalan     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata pinjaman. Kemudian, anda
                   dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
                   untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
                   kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
                   nama khas.

        Usaha menangani masalah alam sekitar tidak harus menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata
        tetapi perlu didokong oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang.
              Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, pengurusan dan
        pemuliharaan alam sekitar di Malaysia amnya dan di Kelantan khususnya dilaksanakan dalam konteks
        pembangunan lestari melibatkan pembangunan ekonomi, sosial, dan perlindungan alam sekitar.
              “Pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan
        dan memerlukan sokongan semua pihak. Selain itu, kegagalan kita untuk menjaga dan memulihara
        bumi ini pada masa lalu dan masa kini telah mengakibatkan pelbagai fenomena yang telah mula
        kita rasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.
        Dipetik dan diubah suai daripada  https://www.sinarharian.com.my/article/104002/EDISI/Kelantan/
        Kelestarian-alam-sekitar-tanggungjawab-bersama

        Jawapan

        (i)   konteks
             Ayat: Cadangan Encik Harun wajar dipertimbangkan dalam konteks perkembangan pandemik
             COVID-19.
        (ii)   sosial
                 : Encik Adli dan Puan Azlina menasihati anak mereka agar berpegang teguh dengan
             ajaran agama supaya tidak terjebak dalam gejala sosial.
        (iii)   fenomena
             Ayat: Penduduk di beberapa negara di Asia berpeluang untuk menyaksikan fenomena
             gerhana matahari cincin pada hari Khamis yang lalu.





                                                                                            91
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23