Page 19 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 19

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

         Tip Pemeriksa untuk Skor                A


    Contoh Soalan dan Jawapan

       Soalan     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, anda
                 dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
                 untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambah-
                 kan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
                 nama khas.

            Peranan, perhatian, dan kepekaan ibu bapa sangat penting untuk membesarkan anak-anak
      yang kuat dari segi emosi, daya tahan, dan daya saing. Selain itu, kanak-kanak yang memiliki
      semangat  yang  kental  boleh  menyesuaikan  diri  dalam  apa-apa  juga  situasi  yang  sukar.  Kanak-
      kanak itu mampu bangun semula daripada kegagalan atau pengalaman yang menyakitkan. Bagi
      kanak-kanak yang lemah, keadaan sebaliknya akan berlaku dan keadaan ini boleh menjejaskan
 Bab     2
      kesihatan mental mereka.


        Contoh         Jawapan Murid



     (i)  anak-anak 
          Ayat: Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang agar mereka
          membesar dengan sempurna. 

     (ii)   daya saing 
          Ayat: Para usahawan perlulah memiliki daya saing yang tinggi agar dapat mengembangkan
          perniagaan mereka ke tahap global. 
     (iii)   bangun semula 
          Ayat:  Usahawan  itu  bangun  semula  daripada  kegagalannya  apabila  mengusahakan  satu
          perniagaan baharu berasaskan jualan produk dalam talian. 


    Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
      Murid tidak menyenaraikan kata majmuk dengan tepat. Perkataan anak-anak bukanlah kata
         majmuk, sebaliknya merupakan kata ganda.
       Murid dapat mengemukakan kata majmuk yang tepat iaitu ‘daya saing’.

      Murid tidak dapat membezakan frasa kerja dengan kata majmuk. ‘Bangun semula’ ialah frasa
         kerja.
       Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
         tepat.
       Ayat murid betul dan diberikan markah kerana pemilihan kata majmuk yang betul dan ayat yang
         dibina juga gramatis.
       Ayat murid salah dan tidak mendapat markah kerana murid tidak memilih kata majmuk dengan
         tepat.






       92
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24