Page 21 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 21

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
                                                              2



      1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  dua kata nama dan  dua kata adjektif.
         Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
         dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
         imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


                 Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi melaksanakan pembaharuan lebih besar
          dalam sistem pendidikan. Antaranya ialah meningkatkan kualiti pengajaran bahasa Inggeris,
          kualiti guru-guru, dan memastikan kebolehpasaran graduan. Pembaharuan itu dijangka
          dapat dilaksanakan dengan segera selepas Pasukan Petugas Khas mengkaji dasar pendidikan.
          Selain itu, kerajaan juga telah meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk
          memastikan akta tersebut segar dan relevan dengan mahasiswa kini. Pindaan ini diharap
          dapat melahirkan graduan yang berani, aktif, kritis, dan berdaya saing.
 Bab     2
          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pembaharuan Lebih Besar dalam Sistem Pendidikan Negara, Sinar
          Harian, 18 April 2019



      2.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki
         untuk  membina  satu ayat anda sendiri  daripada  setiap  perkataan  yang  dipilih  untuk  menunjukkan
         anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
         imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                 Percutian di kawasan semula jadi antara yang menjadi pilihan oleh kebanyakan warga
          kota. Kunjungan mereka ke kawasan-kawasan hijau tersebut dapat memberikan ketenangan
          minda selepas berminggu-minggu bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas.
          Namun begitu, dalam keterujaan warga kota merencana jadual percutian, sebaik-baiknya
          mereka perlu mengelakkan daripada melakukan perjalanan jauh. Dengan itu, bandar
          Serendah ialah lokasi yang paling ideal sebagai destinasi percutian. Hal ini demikian kerana,
          Serendah memiliki air-air terjun yang jernih, dusun-dusun yang luas, dan belukar-belukar
          kecil. Tempat sebegini amat sesuai untuk aktiviti riadah ringan.
          Dipetik dan diubah suai daripada ‘Lokasi Ideal Beriadah’ oleh Nurul Husna Mahmud,  www.hmetro.
          com.my, 5 Mei  2020


                                                              3


      1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan  dua kata bilangan dan  dua kata sendi.
         Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
         dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
         imbuhan, menukarkan imbuhan. atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

                 Dua minggu lepas,  saya memandu kenderaan di tengah-tengah ibu kota. Saya  dapat merasai
          pengalaman seolah-olah berada di Dhaka, Bangladesh. Bermula dari Medan Pasar sehingga
          Jalan Pudu, saya sudah mula melihat ribuan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu
          sebagai pusat pertemuan dengan rakan senegara pada hujung minggu. Kedua-dua tempat ini





       94
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26