Page 28 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 28
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
Membina Ayat Tanya
1. Calon dikehendaki supaya membaca arahan soalan dengan teliti supaya dapat mengenal pasti tugasan
dengan jelas.
2. Selepas itu, baca petikan dan teliti frasa-frtasa yang berhuruf condong. Dalam peperiksaan, enam frasa
akan diberikan.
3. Kemudian, bina enam ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang bersesuaian dengan frasa yang
ditentukan.
4. Ayat yang dibina mestilah lengkap dan gramatis, iaitu mempunyai subjek dan predikat
5. Anda juga haruslah memastikan ayat yang dibina itu tidak mempunyai kesalahan ejaan dan tatabahasa.
6. Terdapat enam kata tanya yang digunakan, iaitu:
(a) mengapakah – tentang sebab
(b) berapakah – tentang bilangan Bab 2
(c) siapakah – tentang orang
(d) di manakah – tentang tempat
(e) bagaimanakah – tentang cara
(f) apakah – tentang cara
Contoh Soalan dan Jawapan
Soalan Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan
kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.
Berdasarkan kajian oleh sebuah firma komputer, hampir 80 peratus remaja tidur dengan
telefon pintar di sisi mereka. Kajian juga mendapati secara purata, remaja menghantar 34 mesej
semasa berbaring di atas katil sebelum tidur. Aktiviti melihat telefon pintar sebelum tidur boleh
menjejaskan tahap kualiti tidur remaja. Menurut pakar kesihatan, waktu tidur remaja boleh
terganggu oleh lampu daripada skrin telefon. Akibatnya, remaja sukar fokus semasa belajar di
dalam kelas kerana kekurangan tidur dan tiada tenaga. Selain itu, kitaran tidur dan jaga remaja
juga tidak teratur yang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan cahaya matahari dengan
skrin gajet. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengawal keadaan ini sebelum terlambat.
Jawapan
(i) Apakah hasil kajian yang dijalankan oleh sebuah firma komputer?
(ii) Berapakah bilangan mesej yang dihantar oleh remaja semasa berbaring di atas katil?
(iii) Apakah kesannya jika remaja melihat telefon pintar sebelum tidur?
(iv) Bagaimanakah waktu tidur seseorang remaja itu boleh terganggu?
(v) Mengapakah remaja sukar fokus semasa belajar di dalam kelas?
(vi) Siapakah yang harus mengawal keadaan ini sebelum terlambat?
101

