Page 29 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 29

Bahasa Malaysia
        Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

         Tip Pemeriksa untuk Skor                A


    Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya
    yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

            Rakan ialah  cerminan diri kita. Hal ini demikian kerana, rakan yang baik pasti  akan
      mempengaruhi perwatakan kita. Demikianlah juga sebaliknya. Oleh itu, kita hendaklah berhati-
      hati semasa memilih rakan. Kriteria pertama sudah tentu akhlak rakan kita. Kriteria kedua pula
      ialah sikapnya terhadap pelajaran dan kriteria ketiga ialah disiplin dirinya. Biarlah kita dikatakan
      bersikap selektif dalam memilih rakan kerana impaknya amat besar terhadap diri kita. Selain itu,
      ibu bapa juga haruslah membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul. Hal ini penting
      agar anak-anak tidak tersilap memilih rakan.


        Contoh         Jawapan Murid
 Bab     2


     (i)  Apakah itu rakan? 
     (ii)  Mengapakah kita perlu mempunyai rakan yang baik? 

     (iii)  Apakah kriteria-kriteria untuk memilih rakan? 
     (iv)  Mengapakah rakan mempunyai impak yang besar terhadap kita? 
     (v)  Siapakah yang harus membimbing anak-anak agar memilih rakan dengan betul? 
     (vi)  Bagaimanakah ibu bapa harus membimbing anak-anak? 


    Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
       Murid tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai dengan
         perkataan yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong tersebut
         sebagai jawapan.
       Murid juga tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai
         dengan frasa yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan frasa berhuruf condong tersebut
         sebagai jawapan. Murid juga harus memerhatikan kata tugas ‘kerana’ yang boleh menunjukkan kata
         tanya yang sesuai untuk kata tugas tersebut.

       Murid tidak faham bahawa hanya ada satu sahaja frasa yang berhuruf condong dalam kriteria tersebut,
         bukannya bagi ketiga-ketiga kriteria.

       Murid tidak memahami arahan soalan yang meminta murid membina ayat tanya yang sesuai dengan
         perkataan huruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong tersebut sebagai
         jawapan, bukannya menjadi soalan.
       Murid juga tidak memahami arahan soalan yang meminta calon membina ayat tanya yang sesuai
         dengan frasa yang berhuruf condong. Murid sepatutnya menjadikan perkataan berhuruf condong
         tersebut sebagai jawapan, bukannya menjadi soalan.

       Ayat tanya yang dibina oleh murid salah kerana tidak bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.





       102
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34