Page 48 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 48

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa

            Tip Pemeriksa untuk Skor               A



      Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
      dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.


              Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan
        halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai
        Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
              Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
        semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

         Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                                       Dewan Bahasa dan Pustaka     Bab     2


          Contoh         Jawapan Murid


        Setelah hari siang  , maka orang kaya-kaya   itu pun datang berjumpa   dengan raja untuk
        mengadukan halnya   kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan lalu bertitah kepada
        Temenggung, “Temenggung, tiadakah kamu menyuruh orang berkawal tadi?”

        Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang berkawal pada
        malam tadi, tetapi tidak seorang pun berjumpa dengan pencuri itu. Patik pun berasa hairan.


      Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan murid
          Murid mengekalkan gaya bahasa klasik, iaitu setelah hari siang.
          Murid turut mengekalkan perkataan bahasa klasik, iaitu maka orang kaya-kaya.
          Murid tidak mengemukakan jawapan yang sepatutnya.
          Murid menggunakan perkataan datang berjumpa sepatutnya ialah menghadap raja.
          Murid mengekalkan gaya bahasa klasik, iaitu untuk mengadukan halnya.
          Murid masih mengekalkan ayat bahasa klasik “Temenggung, tiadakah kamu menyuruh orang berkawal
           tadi?”

          Contoh         Jawapan Pemeriksa


              Setelah siang,  maka para pembesar itu pun datang menghadap raja untuk memberitahu
        tentang kecurian pada malam tadi. Baginda pun berasa hairan dan bertanya kepada Temenggung,
        “Wahai Temenggung, kamu tidak menyuruh orang melakukan kawalan pada malam tadi?”
              Temenggung bersembah dan berkata, “Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang
        melakukan kawalan pada malam tadi tetapi tidak seorang pun dalam kalangan mereka berjumpa
        dengan pencuri ini. Patik pun berasa hairan.”







                                                                                           121
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53