Page 50 - Focus SPM KSSM 2021 Tg 4 & 5 - Bahasa Melayu
P. 50

Bahasa Malaysia
                                                    Bahasa Melayu  SPM   Bab 2 Sistem dan Aplikasi Bahasa
         5.  Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
           dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

                   Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak
             dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
                   Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala
             Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca
             pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang
             kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang
             kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

                  Dipetik daripada ‘Kepimpinan melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
                                                                         Dewan Bahasa dan Pustaka   Bab     2








        A   Format dan Bentuk Soalan
        1.  Soalan peribahasa dikemukakan dalam Sistem dan Aplikasi Bahasa (Bahagian A) Kertas 1103/2.
        2.   Bentuk soalan peribahasa boleh terdiri daripada aspek yang berikut:
           (a)   menyenaraikan  dua  peribahasa  yang  terdapat  dalam  petikan  dan  memberikan  peribahasa  lain
               yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut
           (b)   mengemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan yang diberikan
        3.  Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
           pengertian yang tertentu.
        4.  Peribahasa terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
           (a)  simpulan bahasa                     (d)  pepatah
           (b)  perumpamaan                         (e)  bidalan
           (c)  perbilangan                         (f)  kata-kata hikmat

      Simpulan Bahasa
        1.  Simpulan bahasa merupakan  jenis  peribahasa  yang  paling  ringkas  yang terdiri  daripada  dua
           perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang
           membentuknya.
        2.  Contoh simpulan bahasa ialah kaki ayam, pening lalat, tangkai jering, panjang tangan, dan sebagainya.
        3.  Bagi simpulan bahasa kaki ayam, perkataan kaki dan ayam mempunyai makna yang berlainan. Apabila
           digabungkan, rangkai kata tersebut menjadi simpulan bahasa yang mempunyai makna tertentu, iaitu
           orang yang tidak memakai kasut.

      Perumpamaan
        1.  Perumpamaan merupakan peribahasa yang berupa perbandingan sesuatu benda, peristiwa, keadaan,
           dan sebagainya dengan sesuatu yang lain.
        2.  Perumpamaan menggunakan perkataan bak, seperti, bagai, macam, ibarat, umpama, laksana, tamsil,
           dan penaka. Contohnya, seperti melepaskan anjing tersepit; ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah
           semua; dan sebagainya.





                                                                                           123
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55