Page 41 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 41

Bahasa Malaysia
             Bahasa Melayu  SPM   Bab 4 Rumusan
                                                                   5


        Baca petikan dan sajak di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
        tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
        mengubah maksud asal petikan dan bahan.

        Bahan 1 – Petikan


                                               Jiwa dan raga,
                                        Buktikanlah pada nusa bangsa
                                           Supaya negara maju jaya
                                               Aman merdeka.

          Petikan di atas ialah sebahagian lirik lagu “Bahtera Merdeka”. Daripada lirik di atas, rakyat
          perlulah memiliki kekuatan fizikal, agama, dan emosi bagi menjamin keamanan dan kestabilan
          negara. Walau bagaimanapun, semua kekuatan itu semakin rapuh khususnya dalam kalangan
          generasi muda, walhal semua kekuatan itu menjadi asas penting untuk kemajuan negara.
                Kerajaan tidak memandang enteng tentang kerapuhan aspek tersebut kerana sedar akan
          kepentingannya sebagai tunjang keutuhan negara. Pelbagai langkah dirancang dan dilaksanakan
          untuk meningkatkan kekuatan fizikal, agama, dan emosi dalam kalangan generasi muda. Bagi
          membina kekuatan fizikal, golongan muda diajar dan dilibatkan dalam Pendidikan Jasmani
          sejak tahun 1 lagi. Tidak cukup dengan itu, terdapat sukan dan permainan yang menggalakkan
          murid bergiat aktif dalam sukan. Di samping itu, terdapat juga subjek Sains Kesihatan yang
          menitikberatkan penjagaan kesihatan agar golongan muda memiliki fizikal yang kuat.
                Bagi bahagian  agama  pula,  kerajaan  menitikberatkan  pengajaran  agama  kepada  setiap
          rakyat sejajar dengan Prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Walaupun
          Islam merupakan agama rasmi di negara ini, penganut agama lain dibenarkan menjalankan
          aktiviti keagamaan mereka. Bagi penganut agama Islam, subjek ini diajar di sekolah agar murid
          yang beragama Islam mempunyai asas yang kukuh tentang agama itu. Selain itu, kerajaan juga
          memperkasa sekolah agama rakyat agar murid Islam mendapat pendidikan agama tambahan pada
          waktu petang.
                Bagi  memantapkan  emosi  golongan  muda,  kerajaan  menjalankan  pelbagai  kempen
          terhadap generasi muda. Antara kempennya ialah ‘Sehati Sejiwa Se-Malaysia’ dan ‘Masyarakat
   Bab     4
          Penyayang’. Menerusi kempen ini, kerajaan berharap agar generasi muda berasa bangga menjadi
          rakyat Malaysia dan bersikap penyayang terhadap masyarakat. Di samping itu, kerajaan turut
          menjalankan kempen ‘Budi Bahasa Amalan Mulia’ supaya generasi muda mengamalkan amalan
          berbudi bahasa. Kerajaan juga menjalankan kempen ‘Cintailah Bahasa Kita’ untuk meningkatkan
          perasaan cinta akan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda.
















           274





   004a Focus SPM BM.indd   274                                                                  12/01/2022   2:41 PM
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46