Page 42 - Focus SPM 2022 - Bahansa Melayu
P. 42
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 4 Rumusan
Bahan 2 – Sajak
Warkah Kepada Generasi
Generasi tercinta
kalian adalah kelompok bertuah
yang sempat berteduh di langit alaf baru
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
di tanah merdeka milik abadi kita.
Generasiku yang bijak bestari
ini bumi suci perjuangan nenek moyang
yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
membina istana merdeka yang kalian diami.
Penutup warkah ini
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
tercabut dari bumi bertuah ini.
Amiruddin Md. Ali Hanafiah
Fokus
Penggunaan bahasa rojak dan slanga di media sosial sehingga mempengaruhi cara berbahasa di alam realiti, antara cabaran
yang perlu ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Para pengguna media sosial dilihat
menekankan kepantasan mesej yang mahu disampaikan, berbanding dengan penggunaan bahasa dan tatabahasa yang
betul. Dengan itu, masyarakat tanpa mengira umur perlu terus menggunakan bahasa Melayu dengan baik di samping
memartabatkan penggunaan bahasa itu tanpa mengira keadaan.
6
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini dan Faedah dan
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah Kebaikan
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa Amalan Rumah Bab 4
mengubah maksud asal petikan dan bahan. INFO 18 Terbuka
Bahan 1 – Petikan
Pada zaman dahulu, amalan ziarah-menziarahi merupakan tradisi masyarakat yang sangat
popular. Kini, amalan tersebut semakin kurang dilakukan dengan memberikan pelbagai
alasan. Realitinya, banyak manfaat daripada amalan murni tersebut. Antaranya ialah amalan
ini dapat memperkukuh hubungan silaturahim seterusnya meningkatkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Semasa berziarah, lazimnya tetamu akan membawa buah tangan,
manakala tuan rumah pula melayan tetamu dengan juadah mengikut kemampuan. Aktiviti
seperti ini besar impaknya kepada hubungan sesama masyarakat. Selain itu, amalan ini juga
dapat menyatupadukan masyarakat terutamanya yang membabitkan masyarakat pelbagai kaum.
Alangkah indahnya kehidupan masyarakat jika mereka saling menziarahi tanpa mengira agama
dan kaum. Amalan ini mampu meruntuhkan tembok prasangka antara kaum.
275
004a Focus SPM BM.indd 275 12/01/2022 2:41 PM

