Page 46 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 46

Bahasa Melayu  Tingkatan 4  Penulisan
           Karangan Domain Kerjaya


             Seorang siswazah tidak mahu menyerah kalah atau berserah kepada takdir apabila dia sanggup
             mengusahakan tanah terbiar menjadi ladang sayur-sayuran.
                  Ternyata usaha, Nur Aisyah Zulkifli, 25, memanfaatkan kawasan tanah terbiar berhampiran
             dengan  kediamannya  sejak setahun  lalu  berbaloi  apabila  dia memperoleh pulangan  yang
             lumayan.
                  Dia menjayakan projek tanaman dua jenis terung, bayam brazil, dan pisang itu sejak awal
             tahun lalu di kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar di Kampung Bukit Temiang, di sini.
                                 Dipetik dan diubah suai daripada ‘Graduan Kini Jadi Tauke Terung Berjaya’,
                                        oleh Mohd Amin Jalil, https:// hmetro.com.my/mutakhir, 1 Jun 2021

           Petikan di atas menyatakan siswazah boleh memilih bidang pertanian untuk menjanakan pendapatan
                                 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd
           mereka kerana boleh memberikan hasil pendapatan yang lumayan. Namun demikian, masih banyak
           siswazah yang rela menganggur daripada berkecimpung dalam bidang pertanian.
           Jelaskan c ara-cara menggalakkan siswazah menyertai bidang pertanian. Panjangnya karangan anda
           hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

             Sejak dahulu lagi, negara kita memiliki kelebihan dalam bidang pertanian. Negara kita memiliki
             tanah yang subur, hujan dan panas yang mencukupi, dan sejarah yang hebat dalam bidang
             ini. Maka, tidak hairanlah jika penjajah British mengoptimumkan tanah di negara kita dengan
             menanam  pelbagai  jenis  tanaman  demi  kepentingan  mereka.  Namun  demikian,  pelibatan
             generasi muda khususnya dalam bidang pertanian masih sedikit. Oleh hal yang demikian,
             usaha-usaha perlu diorak bagi menyemarakkan minat graduan terhadap bidang yang sangat
             besar potensinya ini.
                 Antara caranya, Kementerian Pengajian Tinggi haruslah menerapkan pengajaran pertanian
             dan penggunaan teknologi moden pertanian kepada mahasiswa dan mahasiswi di semua
             universiti. Jika sebelum ini, kerajaan sudah menerapkan elemen keusahawanan, maka sudah
             sampai masanya, pengajaran pertanian dan teknologi moden pula diajar kepada mereka. Menerusi
             ilmu yang diberikan, mereka diajarkan kaedah tanaman yang mudah dan terkini. Mahasiswa dan
             mahasiswi ini juga diajarkan cara untuk memastikan tanaman mereka dapat dipasarkan kepada
             pengguna. Sesungguhnya ilmu yang diajar ini sudah tentu akan membuka mata mahasiswa dan
             mahasiswi tentang potensi yang cerah dalam bidang ini.
                 Selain itu, kerajaan juga haruslah menyediakan kursus intensif kepada siswazah yang benar-
             benar berminat untuk menjadi petani moden. Kursus ini penting untuk memantapkan ilmu dan
             kemahiran mereka sebelum melangkah masuk ke bidang ini. Banyak agensi kerajaan yang dapat
             digerakkan untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya ialah Jabatan Pertanian, Pertubuhan
             Peladang, dan Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian. Siswazah yang terpilih juga boleh meluaskan
             ilmu mereka dengan menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara untuk mempelajari teknik
             pertanian daripada negara maju. Antaranya ialah Jepun, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat.
             Dengan  itu,  kursus  intensif  dapat  membantu  siswazah  supaya  lebih  yakin  untuk  menceburi
             bidang pertanian
                 Di samping itu, kerajaan patut menyediakan pelbagai insentif yang menarik kepada para
             siswazah yang menyertai bidang pertanian. Insentif ini akan menjadi pendorong dan perangsang
             kepada mereka. Antara insentif itu ialah pembiayaan modal permulaan bagi memulakan projek
             pertanian dan pinjaman untuk membeli peralatan pertanian. Hal ini dikatakan demikian kerana
             kebanyakan siswazah terbeban dengan masalah kewangan terutama untuk memulakan sesuatu
             projek baharu.

           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              96
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51