Page 56 - PBD Plus BM T4 (EG)
P. 56

Bahasa Melayu  Tingkatan 4   Sistem dan Aplikasi Bahasa

           Petikan 2

                             Kesalahan                                   Pembetulan

              1.  di                                       1.  pada


              2.  berbagai                                 2.  pelbagai/berbagai-bagai

              3.  wahana                                   3.  wadah


              4.  muhibbah                                 4.  muhibah


              5.  pada                                     5.  kepada




           Praktis     2

           Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan
           bahasa.  Senaraikan  dan  betulkan kesalahan-kesalahan  itu. Bagi setiap  petikan,  anda  tidak  boleh
           menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
           perlu menyalin petikan tersebut.
           Petikan 1             Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd


                 Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan ajenda negara. Mereka perlu
            meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Kaki tangan awam juga digesa untuk memberikan
            perkhidmatan  yang  menjurus  kepada  mempermudah  dan  mempercepat  urusan  pelanggan
            tanpa karenah birokrasi. Semangat kerja berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugasan
            yang dilaksanakan demi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Sesungguhnya, pemerkasaan
            perkhidmatan awam yang dilaksanakan menjadi titik-tolak yang akan melakar perubahan dalam
            sejarah perkhidmatan awam di negara ini.


           Petikan 2

                 Dalam sejarah tentera darat, peristiwa yang sukar dilupakan ialah ketika tentera Jepun
            menawan  Bukit  Candu.  Di  ketika  itu,  Bukit  Candu  dipertahankan oleh  Platun  7,  Kompeni  C,
            batalion  pertama  askar  melayu  yang  diketuai  oleh  Leftenan  Adnan  bin  Saidi. Tentera  musuh
            telah gagal dalam serangan yang pertama. Mereka menyerang lagi dengan kekuatan anggota
            berlipatganda. Di dalam pertempuran yang sengit ini, askar Melayu mempamirkan semangat
            patriotik yang tinggi. Walaupun mengalami kecederaan, namun mereka terus berjuang hingga
            titisan darah terakhir. Akhirnya, tentera musuh berjaya menawan Bukit Candu. Leftenan Adnan
            dan banyak askar Melayu telah gugur sebagai perjuang negara.

                                           Dipetik dan diubah suai daripada ‘Leftenan Adnan Wira Bangsa’
                                                 oleh Abdul Latib Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              112
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61