Page 7 - Focus SPM 2021 Sains
P. 7

Sains SPM  Bab 2  Nutrisi dan Teknologi Makanan

               Nilai Kalori Makanan                             7.  Hubungan antara kalori, kilokalori, joule dan
                 1.  Tenaga  yang tersimpan  di dalam  makanan    kilojoule ditunjukkan di bawah.
                   dibebaskan  melalui  pengoksidaan  makanan        1 kilokalori (kcal) = 1000 kalori (cal)
                   dalam  proses yang  dikenal  sebagai  respirasi
                   sel.                                              1 kilojoule (kJ) = 1000 joule (J)
                                                                     1 kalori (cal) = 4.2 joule (J)
                 2.  Setiap jenis makanan mempunyai kandungan        1 kilokalori (kcal) = 4.2 kilojoule (kJ)
                   tenaga yang berbeza.

                 3.  Makanan  yang   kaya   dengan   lemak      8.  Nilai kalori sesuatu makanan  ialah  jumlah
                   mempunyai  kandungan tenaga yang lebih         tenaga  yang dibebaskan apabila  makanan
                   tinggi berbanding dengan makanan yang kaya     tersebut dioksidakan dengan lengkap.
                   dengan karbohidrat dan protein.
                                                                9.  Nilai  kalori  makanan  ditentukan  dengan
                 4.  Tenaga dalam makanan disukat dalam unit      menggunakan kalorimeter bom.
                   kalori (cal) atau kilokalori (kcal).

                 5.  Satu kalori bersamaan dengan jumlah tenaga
                   yang  diperlukan  untuk  menaikkan  suhu                  • Tenaga – Kuasa yang dihasilkan dalam tubuh seseorang
                                                                untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
                   1 gram air sebanyak 1°C.                    • Kalori  –  Unit untuk mengukur tenaga
                                                                     –  1 kalori ialah jumlah haba (tenaga) yang
                 6.  Unit lain yang digunakan untuk menyukat           diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air
                   tenaga yang diperoleh daripada makanan ialah        sebanyak 1°C
                   joule (J) atau kilojoule (kJ).              • Nutrien pembekal tenaga – Karbohidrat, protein
                                                                dan lemak.



                10.  Rajah 2.3 menunjukkan struktur dan prosedur penggunaan kalorimeter bom.

                                                     Oksigen
                          2. Makanan kering dinyalakan                4. Termometer digunakan
                            dengan menggunakan                          untuk menyukat kenaikan
                            dawai yang dipanaskan                       suhu.
                            oleh elektrik.
                          1. Sampel makanan kering
                            dengan jisimnya yang
                            diketahui diletakkan di
                            dalam mangkuk pijar.                                                            T
                                                                      3.  Haba yang dibebaskan              n
                                                                                                            i
                                                                         daripada makanan                   k
                                                                                                            g
                              Sampel makanan kering                      menaikkan suhu air.                t
                                                                                                            a
                                                                                                            a
                                                                                                            n
                                                                                                           5
                                            Rajah 2.3  Struktur dan fungsi kalorimeter bom
                11.  Nilai kalori makanan dihitung menggunakan rumus berikut:
                                                    4.2 J g °C  × Jisim air (g) × Kenaikan suhu (°C)
                                                            –1
                                                         –1
                              Nilai kalori makanan =
                                                             Jisim makanan (g) × 1000
                           (Nota: Tenaga sebanyak 4.2 joule diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C bagi 1 g air)





                                                                                                   219
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12