Page 8 - Focus SPM 2021 Sains
P. 8

Sains SPM  Bab 2  Nutrisi dan Teknologi Makanan

               Eksperimen 2.1
               Eksperimen 2.1
               Eksperimen 2.1
              Tujuan:  Menentukan nilai kalori bagi kelas-kelas makanan yang berbeza.
              Pernyataan masalah:  Kelas makanan manakah yang mempunyai nilai kalori yang paling tinggi?
              Hipotesis:  Lemak mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat dan protein.
              Pemboleh ubah:
              (a)  dimanipulasikan:  Jenis sampel makanan
              (b)  bergerak balas:  Nilai kalori sampel makanan
              (c)  dimalarkan:  Jisim air
              Bahan:  Gula, serbuk putih telur, minyak masak, air suling

              Radas:  Kalorimeter bom
              Prosedur:                             Termometer              Oksigen
                1.  5 g gula diletakkan di dalam mangkuk   Pengacau
                  pijar kalorimeter bom.
                2.  Kalorimeter bom diisi dengan 1000 cm
                                                 3
                  air suling.                          Lapisan                            Dawai nyalaan
                                                       penebat
                3.  Suhu awal air direkodkan.
                4.  Pembakaran gula dimulakan             Air                             Kebuk
                  dengan menghidupkan litar untuk                                         pembakaran
                  memanaskan dawai nyalaan.                                               Sampel makanan
                5.  Suhu tertinggi yang dicapai direkodkan.                               kering
                6.  Nilai kalori gula dihitung menggunakan         Rajah 2.4 Kalorimeter bom
                  rumus berikut:

                                                            4.2 × Jisim air × Kenaikan suhu
                                  Nilai kalori makanan (kJ g ) =
                                                       –1
                                                               Jisim makanan × 1000
                7.  Langkah 1 hingga 6 diulang menggunakan serbuk putih telur dan minyak masak.
              Keputusan:
                                           Jisim      Suhu        Suhu      Kenaikan    Nilai kalori
                    Kelas makanan         makanan    awal air   tertinggi air   suhu     makanan
                                            (g)        (°C)       (°C)        (°C)        (kJ g )
                                                                                              –1
               Gula (karbohidrat)            5          29         49          20           16.8
         T
        i
               Serbuk putih telur (protein)  5          29         55          26           21.8
        n
        g
        k
               Minyak masak (lemak)          5          29         75          46           38.6
        a
        t
        a
        n
        5     Perbincangan:
                1.  Dalam aktiviti ini, gula, serbuk putih telur dan minyak masak masing-masing mewakili karbohidrat,
                  protein dan lemak.
                2.  Antara ketiga-tiga kelas makanan tersebut, lemak mengandungi nilai kalori yang paling tinggi dan
                  karbohidrat mengandungi nilai kalori yang paling rendah.
                3.  Dalam aktiviti ini, kita menganggap bahawa air telah menyerap kesemua haba yang dibebaskan oleh
                  makanan. Hakikatnya, sebahagian haba mungkin telah terlepas ke persekitaran.
              Kesimpulan:
              Data yang dikumpul menunjukkan lemak mengandungi nilai kalori yang paling tinggi. Hipotesis diterima.



               220
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13