Page 54 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 54

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                       Para saintis dan jurutera yang mempunyai kesedaran terhadap isu mesra alam pula pasti
                  berusaha untuk mencipta kenderaan yang tidak menggunakan minyak. Kini, kenderaan yang
                  menggunakan tenaga elektrik dengan tenaga solar telah berjaya dikeluarkan. Kenderaan seperti ini   Bab     1
                  tentunya tidak akan terhasil jika para saintis tidak prihatin akan alam sekitar.
                       Sering kali kita melihat longgokan sampah di kawasan yang diletakkan papan tanda
                  larangan membuang sampah. Hal ini membuktikan bahawa penguatkuasaan tidak berkesan dalam
                  menangani masalah pembuangan sampah yang tidak terurus. Sebaliknya, masyarakat yang sedar
                  akan perbuatan salah tersebut akan mencari tempat membuang sampah yang khas.
                  Sidang hadirin yang dihormati,
                       Sekian sahaja hujah-hujah saya. Namun
                  begitu,  perjuangan    untuk   menegakkan                Fokus
                  kesahihan  hujah  kami  akan  diteruskan  oleh   Pada  4  Jun  2009,  Kementerian  Sumber  Asli  dan
                  rakan pencadang yang lain. Sebelum saya       Alam Sekitar telah memperkenalkan program Rakan
                  mengundurkan  diri,  saya tetap menegaskan    Alam Sekitar dalam usahanya  yang berterusan  untuk
                                                                membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota
                  bahawa kesedaran masyarakat lebih berkesan    masyarakat  dalam  aktiviti  pemuliharaan  alam  sekitar.
                  daripada   penguatkuasaan   undang-undang     Untuk  mendapat  maklumat  tentang  program  ini,  layari
                  dalam menangani masalah pencemaran alam       laman web https://www.ras.doe.gov.my/v2/
                  sekitar. Sekian terima kasih.




                                                                         11


                Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
                350 patah perkataan.


                  1.  “Menjadi Tuan Rumah bagi Sukan Peringkat Antarabangsa Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada
                     Keburukan”.
                      Sebagai pembangkang, sediakan hujah-hujah anda dalam suatu pertandingan yang akan diadakan.

                  2.  Anda ialah  pencadang  pertama  dalam  suatu majlis pertandingan bahas yang  diadakan di sekolah
                     anda. Tajuk perbahasan itu ialah “Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Wajib Kesusasteraan
                     Melayu (KOMSAS) akan Mengukuhkan Jati Diri dalam Kalangan Murid”.

                      Tulis hujah-hujah anda untuk menyokong tajuk tersebut.
                  3.  Anda menyertai suatu pertandingan bahas yang bertajuk “Kafeteria Siber Banyak Membawa Keburukan
                     kepada Golongan Remaja”.
                      Tulis teks perbahasan tersebut sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.

                  4.  Perkembangan pesat teknologi komunikasi dan maklumat banyak membawa perubahan kepada
                     pelbagai golongan masyarakat di negara ini.
                      Bahaskan pernyataan di atas.

                  5.  Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah yang
                     bertajuk “Kawalan Longgar Punca Peningkatan Penyeludupan Senjata”.
                      Tulis teks perbahasan anda sama ada sebagai pencadang atau pembangkang.



                                                                                                      51






         01 Focus SPM BM.indd   51                                                                      12/6/19   4:38 PM
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59