Page 55 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 55

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                Karangan                                Laporan                       2015  2019


                1.  Penulisan laporan bertujuan untuk memaklumkan sesuatu perkara atau peristiwa yang telah berlaku.
         Bab     1
                2.  Terdapat empat jenis laporan yang biasanya diajukan dalam peperiksaan, iaitu:
                   (a)  laporan kelab, persatuan, atau pertubuhan;
                   (b)  laporan kursus, pameran, seminar atau bengkel;
                   (c)  laporan aktiviti seperti perkhemahan, lawatan, kem motivasi, dan sebagainya;
                   (d)  laporan tragedi atau kejadian.
                3.  Dalam peperiksaan, soalan lazimnya menyatakan bahawa anda sebagai setiausaha kelab, persatuan,
                   atau pertubuhan.

                4.  Laporan mempunyai format penulisan yang khusus seperti yang berikut.
                     Tajuk – huruf besar digunakan pada setiap awal perkataan kecuali kata hubung, kata sendi, dan
                       kata sandang serta digaris
                     Isi laporan – mengandungi maklumat tentang tarikh, masa, serta tempat berlakunya peristiwa
                       yang hendak dilaporkan dan huraian berkaitan dengan peristiwa tersebut
                     Pengakuan pelapor – kedudukannya di bahagian kiri selepas perenggan terakhir dengan huruf
                       besar di awal kata (contohnya Yang benar, Saya yang menurut perintah, dan sebagainya) dengan
                       diikuti tanda koma
                     Tarikh – nama bulan ditulis dengan huruf dan sebaris dengan pengakuan pelapor
                     Tandatangan pelapor – dibubuh di bawah pengakuan pelapor
                     Nama pelapor – ditulis di bawah tandatangan dengan huruf besar di dalam kurungan
                     Lawatan pelapor – ditulis di bawah nama pelapor dan dibubuh tanda koma di hujungnya berserta
                       nama persatuan dan dibubuh tanda titik



              Format Karangan Laporan tentang Kegiatan Persatuan

                                                           (Tajuk laporan)  

               Selang dua baris

               Pengenalan     14243
               laporan 




               Senarai ahli
               jawatankuasa	  144424443










                 52






         01 Focus SPM BM.indd   52                                                                      12/6/19   4:38 PM
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60