Page 58 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 58
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
12
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada Bab 1
350 patah perkataan.
1. Sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan kepimpinan bagi jawatankuasa persatuan, kelab,
dan badan beruniform sekolah anda. Pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, ceramah kepimpinan,
sukan, malam kebudayaan, dan sebagainya diadakan selama satu minggu perkhemahan tersebut.
Sebagai setiausaha minggu perkhemahan kepimpinan itu, anda dikehendaki untuk membuat laporan
lengkap tentang perkhemahan tersebut untuk dihantar kepada pengetua.
Sediakan laporan anda itu sepenuhnya.
2. Anda dan ahli jawatankuasa Biro Kokurikulum di sekolah anda telah ditugaskan untuk membuat
kajian tentang penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum.
Sebagai pengerusi biro, tulis laporan lengkap tentang kajian tersebut.
3. Kelab Kaunseling sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk murid-murid
tingkatan empat dan lima. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan majlis
penyampaian hadiah telah pun dijalankan.
Selaku setiausaha kelab, sediakan laporan lengkap tentang pertandingan tersebut.
4. Baru-baru ini Persatuan Pencinta Alam sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
sebuah kilang kitar semula. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan melihat
proses mengitar semula kertas yang dijalankan oleh kilang tersebut.
Sebagai setiausaha persatuan tersebut, anda dikehendaki untuk menulis laporan yang lengkap untuk
diserahkan kepada pengetua sekolah anda.
5. Andaikan anda wartawan sebuah stesen televisyen penyiaran tempatan. Anda ditugaskan untuk
membuat liputan tentang pencemaran sungai dan keberkesanan kempen “Cintai Sungai Kita” yang
dilancarkan suatu ketika dahulu.
Tulis laporan anda itu sepenuhnya.
Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/
Karangan Taklimat 2016 2018
SPM
1. Syarahan, ceramah, ucapan, dan taklimat biasanya disampaikan dalam suatu majlis rasmi yang dihadiri
oleh tetamu khas dan orang ramai.
2. Syarahan biasanya disampaikan dalam bentuk pertandingan dengan diberikan tajuk. Oleh itu, fakta
atau isi-isi hendaklah dihuraikan dengan tepat, munasabah, dan jelas.
3. Karangan ceramah pula lazimnya disampaikan untuk memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk
oleh seseorang pakar dalam bidang tersebut. Seperti syarahan, fakta atau isi-isi ceramah juga perlu
tepat, meyakinkan, dan jelas.
4. Isi ucapan merangkumi penerangan, pujian, sanjungan, nasihat, atau perangsang kepada hadirin
atau orang yang diraikan dalam sesuatu majlis keraian, ulang tahun, Hari Guru, perasmian, dan
sebagainya.
55
01 Focus SPM BM.indd 55 12/6/19 4:38 PM

