Page 57 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 57

Bahasa Malaysia
                   Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                    Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali tempat-tempat bersejarah di Melaka dengan
                lebih dekat. Di samping itu, sebahagian daripada kami dalam proses menyiapkan kerja kursus yang
                berkaitan  dengan  sejarah negara.  Sebelum bertolak,  ketua  rombongan  merangkap ketua  guru
                penasihat mengingatkan kami agar membawa buku catatan dan menjaga disiplin semasa lawatan.
                Kami juga diingatkan supaya menjaga barang-barang berharga seperti kamera dengan baik. Murid
         Bab     1
                perempuan pula tidak digalakkan memakai barang kemas semasa lawatan.
                    Kami bertolak tepat pukul lapan pagi dan sampai kira-kira pukul 10.30 pagi. Kami
                dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah penyeliaan guru penasihat masing-masing. Hal ini
                bagi memastikan semua peserta mematuhi peraturan lawatan dan memudahkan penyeliaan oleh
                guru-guru penasihat.
                    Semasa melawat bangunan Memorial Perisytiharan Kemerdekaan, kami berpeluang untuk
                melihat rakaman peristiwa bersejarah perisytiharan kemerdekaan negara yang ditayangkan khusus
                untuk rombongan kami atas permintaan ketua rombongan kami. Selain itu, kami turut melihat
                pameran pelbagai barangan dan gambar yang berkaitan dengan kemerdekaan negara. Kami sibuk
                membuat catatan. Walau bagaimanapun, kami dilarang daripada mengambil gambar di dalam
                bangunan tersebut. Setelah kami keluar  dari bangunan tersebut,  ada antara kami mengambil
                kesempatan untuk bergambar berhampiran dengan kereta yang digunakan untuk mengisytiharkan
                kemerdekaan dengan nombor plat 1957.

                    Destinasi lawatan kami yang seterusnya ialah Muzium Sastera. Di muzium tersebut, terdapat
                pelbagai hasil sastera dan sejarah perkembangan sastera peringkat awal.  Tempat yang menjadi
                tumpuan kami seterusnya ialah runtuhan kota A Famosa. Kelihatan pelancong asing sibuk mengambil
                gambar di sekitar tugu tersebut. Selepas itu, kami mendaki Bukit St. Paul. Di situ memaparkan sejarah
                warisan Portugis. Apabila kami sampai di sebuah perigi buta di puncak bukit tersebut, kami melihat
                beberapa orang mencampakkan syiling ke dalam perigi tersebut. Di situ juga kelihatan beberapa orang
                pelukis yang menghasilkan lukisan pemandangan di sekitar kawasan tersebut untuk dijual kepada
                orang ramai.
                    Menjelang pukul 1.00 tengah hari, kami berehat untuk makan dan solat zuhur. Kami dibenarkan
                untuk  bergerak secara  bebas tetapi mesti  dalam kumpulan  untuk  membeli cenderamata  dan buah
                tangan. Pada pukul dua petang, kami berkumpul semula berhampiran dengan bas yang kami naiki.
                Kemudian, kami bertolak ke Taman Mini Malaysia. Di situ, kami melihat pelbagai bentuk rumah
                tradisional seluruh negeri di Malaysia.
                    Kami memperoleh beberapa faedah daripada lawatan ini. Selain menambahkan pengetahuan kami
                tentang sejarah tanah air, kami juga dapat memupuk semangat cinta akan negara. Setelah memastikan
                semua ahli rombongan berkumpul, kami bertolak pulang tepat pukul 6.30 petang. Lawatan ini telah
                berjaya untuk mencapai matlamatnya. Kami berharap agar lawatan seumpama ini akan diadakan lagi
                pada masa akan datang.

                Disediakan oleh,                                                           30 Mac 20XX.

                          Nasriza
                ..............................................
                (NASRIZA HISHAMUDIN)                                     Fokus
                Setiausaha,                                  Layari laman web www.Melaka.gov.my untuk mendapatkan
                Persatuan Sejarah,                           maklumat pelbagai  aspek yang berkaitan dengan negeri
                                                             Melaka.
                Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mahkota.






                 54






         01 Focus SPM BM.indd   54                                                                      12/6/19   4:38 PM
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62