Page 60 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 60

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan

                                               Karangan Cemerlang


                Bersempena  dengan  kempen  masyarakat  penyayang,  anda  sebagai  ketua  murid  diminta  untuk   Bab     1
                menyampaikan syarahan tentang kepentingan akhlak mulia bagi menjana kemajuan negara dalam
                majlis perasmian kempen tersebut.
                Tulis syarahan tersebut selengkapnya yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.


                  Yang  dihormati  Tuan  Pengerusi  Majlis,  Tuan  Pengetua,  guru-guru,  serta  rakan-rakan  sekalian.
                  Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memberikan keizinan-Nya untuk saya
                  berdiri di sini bagi menyampaikan syarahan yang bertajuk “Akhlak Mulia Penjana Kemajuan
                  Negara”.
                  Hadirin sekalian,
                       Akhlak merupakan aspek asas bagi menjana pembangunan negara. Akhlak yang mulia perlu
                  bermula dari rumah, iaitu keluarga. Peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan akhlak anak-
                  anak mereka sentiasa terpelihara. Jika setiap hari ibu bapa dapat menunaikan tanggungjawab
                  mereka dengan sempurna, maka akan lahirlah masyarakat yang harmoni dan seterusnya menjadi
                  pemangkin kepada pembangunan negara.
                       Pentingnya  ibu  bapa  menjaga  akhlak  anak-anak  mereka  dilihat  daripada  gejala  moral  yang
                  melanda golongan muda pada masa kini. Kegagalan ibu bapa menjaga akhlak anak-anak mereka
                  dibuktikan daripada jumlah murid yang terlibat dengan gejala sosial dan jenayah yang dilaporkan
                  meningkat saban tahun, termasuk penagihan dan pengedaran dadah.

                       Keruntuhan akhlak telah menyebabkan puluhan ribu penduduk negara kita terlibat dengan
                  dadah. Peruntukan kewangan yang besar terpaksa dilaburkan semata-mata untuk membina pusat
                  serenti, menggaji pegawai, dan membiayai kos memulihkan penagih dadah. Alangkah baiknya jika
                  wang itu digunakan untuk membiayai pembangunan dalam pelbagai sektor. Hal ini juga bererti
                  puluhan ribu tenaga kerja dibazirkan.
                  Hadirin yang dihormati,
                       Para pekerja perlu mempunyai akhlak yang terpuji bagi memastikan institusi tempat mereka
                  bekerja mampu berkembang dengan maju. Syarikat dan negara akan rugi jika para pekerja
                  tidak amanah. Bukti-bukti yang telah diketahui umum melalui akhbar menunjukkan banyak
                  penyelewengan dilakukan oleh segelintir pekerja. Contohnya, seseorang jurutera yang berakhlak
                  akan memastikan sesebuah bangunan itu selamat sebelum diluluskan. Namun demikian, jika
                  jurutera bersubahat dengan kontraktor dan membiarkan bahan bermutu rendah digunakan untuk
                  membuat bangunan, sudah tentu hal ini akan memungkinkan bangunan itu retak dan runtuh.
                  Sudah banyak contoh yang kita lihat dan tatap di akhbar yang melaporkan masalah bangunan yang
                  retak atau runtuh disebabkan oleh pekerja sebegini.

                       Rasuah  merupakan  kegiatan  yang  tidak  bermoral  sehingga  kerajaan  terpaksa  menubuhkan
                  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  (SPRM),  sebuah  agensi  yang  berperanan  untuk  membanteras
                  kegiatan tersebut. Rasuah akan menyebabkan sesuatu agihan projek bagi tujuan pembangunan
                  tidak dibuat secara adil. Rasuah turut menyebabkan kelulusan sesuatu projek tidak melalui saluran
                  yang betul dan mengakibatkan undang-undang gagal dikuatkuasakan. Oleh itu, rasuah pernah
                  diletakkan  sebagai  musuh  utama  negara  suatu  masa  dahulu.  Hanya  dengan  pengamalan  slogan
                  bersih, cekap, dan amanah oleh semua pekerja akan berjaya untuk membanteras amalan rasuah.





                                                                                                      57






         01 Focus SPM BM.indd   57                                                                      12/6/19   4:38 PM
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65