Page 62 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 62

Bahasa Malaysia
                                                                          Bahasa Melayu  SPM   Bab 1 Karangan


                  Karangan                      Berita/ Rencana Akhbar                       2017


                Berita                                                                                        Bab     1
                  1.  Tujuan berita ditulis adalah untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu kejadian atau isu semasa
                     kepada khalayak pembaca.
                  2.  Dalam peperiksaan, soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan sesuatu situasi. Anda dikehendaki
                     untuk menulis berita berdasarkan situasi tersebut.
                  3.  Isi berita mestilah mengandungi tarikh, tempat, masa, orang yang diceritakan, dan punca.
                  4.  Tulis isi berita mengikut keutamaan, iaitu mendahulukan isi yang penting diikuti dengan isi yang
                     kurang penting.
                  5.  Selain itu, berita yang ditulis hendaklah benar, tepat, dan padat.

                  6.  Ayat-ayat yang digunakan dalam penulisan berita haruslah mudah dan ringkas supaya maklumat yang
                     dibaca dapat difahami.
                  7.  Untuk menjadikan penulisan berita anda menarik, anda boleh menyertakan petikan kata-kata daripada
                     pihak yang terlibat.
                  8.  Penulisan berita mempunyai format khusus seperti yang berikut.
                       Tajuk berita ditulis di tengah-tengah halaman.
                       Nama tempat ditulis dengan huruf besar dengan diikuti tanda koma.
                       Setelah itu, tarikh kejadian berlaku hendaklah ditulis dengan diikuti tanda sempang.
                       Isi berita yang berkaitan dengan kejadian ditulis dalam tiga hingga lima perenggan.
                       Penutup.


                Rencana
                  1.  Terdapat tiga jenis rencana, iaitu rencana umum, rencana pengarang/ isu, dan rencana promosi.
                  2.  Rencana umum berkisar tentang pelbagai tajuk seperti ekonomi, sosial, politik, kebudayaan, dan
                     sebagainya. Rencana umum ditulis dalam akhbar-akhbar atau majalah.
                  3.  Rencana  pengarang/  isu  biasanya  disiarkan  dalam  ruangan  “Rencana  Pengarang”.  Rencana  ini
                     membicarakan sesuatu isu semasa. Dalam ruangan tersebut, pengarang akhbar atau orang ramai akan
                     mengemukakan pendapat sama ada bersetuju atau tidak bersetuju berhubung dengan sesuatu isu.
                  4.  Rencana promosi bertujuan untuk memperkenalkan sesuatu barangan, tempat, dan perkhidmatan.
                     Rencana  ini akan memberikan  penerangan  tentang  barang, tempat,  dan  perkhidmatan  itu  kepada
                     orang ramai dengan jelas.





                                               Karangan Cemerlang


                Sekolah merupakan tempat yang  paling  sesuai  dalam  usaha  menerapkan semangat  muhibah dan
                perpaduan dalam kalangan masyarakat. Tulis suatu rencana tentang peranan sekolah dalam memupuk
                semangat muhibah dan perpaduan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.




                                                                                                      59






         01 Focus SPM BM.indd   59                                                                      12/6/19   4:38 PM
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67