Page 61 - FOCUS 2020 TG4 KSSM BM
P. 61
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu SPM Bab 1 Karangan
Hadirin yang dihormati,
Pemimpin dan rakyat mesti sama-sama berganding bahu bagi menjana pembangunan
negara. Pemimpin merupakan pengurus dan perancang manakala rakyat menjadi pelaksana. Para
pemimpin perlu mempunyai akhlak mulia dan mencontohi akhlak Rasulullah dan para sahabat
dalam mentadbir negara. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sanggup memikul gandum untuk dibawa
Bab 1
kepada rakyatnya yang sedang lapar. Hal ini merupakan satu contoh yang membawa kemakmuran
negara semasa pemerintahannya.
Semua agama menganjurkan penganutnya supaya berakhlak mulia. Agama merupakan
panduan kepada manusia bagi membina akhlak terpuji. Negara yang rakyatnya berakhlak mulia akan
menggamit pelabur dan pelancong datang. Di Malaysia, para pelancong asing dikatakan tertarik
oleh budi baik dan keramahan rakyat negara kita. Semasa berada di negara kita, mereka terpesona
apabila melihat keharmonian dan keindahan negara kita. Oleh itu, kita harus menonjolkan akhlak
mulia sebagai wadah penjana ekonomi negara.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Beberapa contoh yang telah dikemukakan dapat memberikan gambaran betapa perlunya
akhlak mulia dalam menjana pembangunan negara. Rakyat yang berakhlak mulia akan membantu
pembangunan dan mengekalkan keharmonian negara. Dengan kata-kata ini, saya sudahi syarahan
saya dengan ucapan ribuan terima kasih.
13
Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Anda terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri dalam Karnival Kokurikulum peringkat negeri. Tajuk yang anda pilih ialah “Belia
Tonggak Pembangunan Negara”.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
2. Sebagai ketua murid, anda dikehendaki untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk “Peranan Murid
dalam Membangunkan Negara” dalam suatu perhimpunan di sekolah.
Sediakan teks ucapan itu selengkapnya.
3. Pertandingan perbahasan peringkat daerah akan diadakan di sekolah anda. Sebagai pengerusi pertandingan,
anda dikehendaki untuk memberikan taklimat kepada para peserta pertandingan tersebut.
Tulis taklimat anda itu selengkapnya.
4. Persatuan Peladang, Penternak, dan Nelayan tempat tinggal anda akan menganjurkan Program
Menghijaukan Alam Semula Jadi. Sebagai pegawai pertanian, anda diundang untuk menyampaikan
ceramah dalam program tersebut. Tajuk ceramah anda ialah “Memajukan Sektor Pertanian”.
Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
5. Sekolah anda akan mengadakan suatu program motivasi bagi murid-murid tingkatan lima. Sebagai
murid yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
lalu, anda telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para peserta. Dalam ceramah itu, anda
dikehendaki untuk menyentuh aspek ciri-ciri murid cemerlang.
Tulis teks ceramah anda itu selengkapnya.
58
01 Focus SPM BM.indd 58 12/6/19 4:38 PM

