Page 12 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 12

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
             Konsep Kehendak dan Sumber Ekonomi                                    Hasil Pembelajaran

               1  Kehendak dapat ditakrifkan sebagai  keinginan  individu  untuk   Menjelaskan konsep       BAB
                 memiliki barang-barang dan perkhidmatan bagi mencapai            kehendak tidak terhad dan   1
                 kehidupan yang lebih selesa.                                     sumber terhad.
               2  Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana apabila suatu kehendak
                 telah dipenuhi, wujud lagi kehendak yang baharu. Contohnya apabila
                 seseorang individu telah memiliki sebuah rumah, dia akan mempunyai
                 keinginan untuk memiliki sebuah kereta baharu.
               3  Manusia tidak dapat memenuhi semua kehendaknya kerana
                 sumber ekonomi adalah terhad. Sumber ekonomi yang terhad tidak
                 mencukupi untuk menghasilkan semua barang dan perkhidmatan yang
                 dikehendaki oleh manusia. Sumber ekonomi yang terhad hanya dapat   Mengapakah manusia
                                                                                 menghadapi masalah
                 menghasilkan sebahagian daripada barang-barang dan perkhidmatan   kekurangan?
                 yang dikehendaki oleh manusia.
               4  Kesan daripada sumber ekonomi yang terhad, maka individu
                 menghadapi masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan
                 supaya kepuasannya dapat dimaksimumkan.


                    1.4  Masalah Asas Ekonomi                                           ’10 / ’11 / ’15 / ’18

               1  Oleh sebab sumber ekonomi terhad tetapi kehendak manusia tidak
                 terhad, maka timbulnya beberapa masalah ekonomi.
               2  Masalah ekonomi terdiri daripada masalah kekurangan, pilihan, dan
                 kos lepas.
               3  Masalah ekonomi berlaku dalam aspek penggunaan barang (di
                 peringkat isi rumah) dan sumber (di peringkat firma dan kerajaan).
             Konsep Kekurangan, Pilihan, dan Kos Lepas
               1  Konsep kekurangan timbul akibat daripada sumber ekonomi adalah   Hasil Pembelajaran
                 terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Oleh   Menjelaskan konsep
                 sebab sumber ekonomi adalah terhad, maka tidak semua kehendak    kekurangan, pilihan, dan
                 manusia dapat dipenuhi sepenuhnya.                               kos lepas dalam aspek
                                                                                  penggunaan barang dan
                 (a)  Isi rumah menghadapi masalah kekurangan pendapatan wang.    sumber.
                     Oleh itu, isi rumah tidak dapat membeli semua barang dan
                     perkhidmatan yang dikehendakinya.
                 (b)  Firma menghadapi masalah kekurangan  faktor  pengeluaran.
                     Oleh itu, firma tidak dapat mengeluarkan semua barang dan
                     perkhidmatan yang diingini.                                 Konsep kekurangan
                 (c)  Kerajaan menghadapi masalah kekurangan  hasil yang boleh   •  Isi rumah kekurangan
                     digunakan untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.        pendapatan wang.
               2  Akibat daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat   •  Firma kekurangan faktor
                                                                                   pengeluaran.
                 pilihan. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan keutamaan dan   •  Kerajaan kekurangan hasil.
                 matlamat unit-unit ekonomi masing-masing.
                 (a)  Bagi isi rumah, dengan pendapatan wang yang terhad, isi rumah
                     terpaksa membuat pilihan untuk membeli sesuatu barangan yang
                     dapat memaksimumkan kepuasannya. Jika buku dapat memberi
                     kepuasan maksimum berbanding baju, maka isi rumah akan
                     membeli buku.




                                                                                                     9





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   9                                                          3/27/18   4:31 PM
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17