Page 24 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 24
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
2 Andaikan Negara A dan Negara B mempunyai keluk kemungkinan
pengeluaran yang sama pada asalnya (ditunjukkan oleh keluk P F dalam BAB
0 0
Rajah 1.6, tetapi membuat pilihan yang berbeza dalam pengeluaran
barang modal dan barang pengguna. Negara A lebih mementingkan 1
barang modal daripada barang pengguna. Pilihan yang dibuat oleh
Negara A ditunjukkan oleh titik a dalam Rajah 1.6. Negara B lebih
mementingkan barang pengguna daripada barang modal. Pilihan yang
dibuat oleh Negara B ditunjukkan oleh titik b dalam Rajah 1.6.
3 Pilihan yang dibuat oleh Negara A akan menghasilkan lebih banyak
barang dalam jangka panjang kerana barang modal dapat meningkatkan
pengeluaran barang dengan meningkatkan daya pengeluaran. Kesannya,
keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah dengan kadar yang
besar ke kanan, iaitu dari P F ke P F seperti yang ditunjukkan
2 2
0 0
dalam Rajah 1.6. Manakala pilihan yang dibuat oleh Negara B tidak
menjana pengeluaran yang banyak dalam jangka panjang kerana
barang pengguna tidak dapat menambahkan pengeluaran barang lain
sebaliknya mendatang kepuasan kepada pengguna sahaja. Oleh itu,
keluk kemungkinan pengeluaran hanya berpindah sedikit ke kanan,
iaitu dari P F ke P F seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.
0 0 1 1
Barang modal (unit)
P 2
P
1
P
0
a
b
0 F F F Barang pengguna
0 1 2 (unit)
Rajah 1.6 Kesan perubahan komposisi barang modal dan barang
pengguna terhadap keluk kemungkinan pengeluaran
Keluk Kemungkinan Pengeluaran dengan Pengangguran, Hasil Pembelajaran
Pertumbuhan Ekonomi, dan Agihan Barang Mengilustrasi kewujudan
1 Konsep pengangguran pengangguran, agihan
barang, dan pertumbuhan
(a) Semua titik yang terletak di sepanjang keluk kemungkinan ekonomi dengan
pengeluaran ialah titik pengeluaran yang cekap. menggunakan keluk
(b) Sebaliknya, sebarang titik yang terletak di dalam lingkungan keluk kemungkinan pengeluaran.
kemungkinan pengeluaran merupakan kombinasi pengeluaran
yang tidak cekap kerana terdapat sumber ekonomi yang tidak ‘13
digunakan dengan sepenuhnya. Ini bermakna berlaku masalah
pengangguran atau pembaziran sumber.
(c) Sekiranya berlakunya pengangguran sumber, pertambahan
keluaran sesuatu barang tidak memerlukan kurangan dalam
pengeluaran barang lain.
(d) Misalnya titik E dalam Rajah 1.7 menunjukkan pengeluaran 2
unit barang X dan 6 unit barang Y. Titik E dikenal sebagai titik
21
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 21 3/27/18 4:31 PM

