Page 25 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 25
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
yang kurang cekap. Pada titik E, terdapat sumber yang belum
BAB digunakan ataupun berlaku keadaan guna tenaga tidak penuh.
Misalnya terdapat banyak buruh yang masih menganggur
1 (e) Oleh itu, sekiranya pengeluar berhasrat untuk menambahkan
pengeluaran, pengeluar dapat menggunakan sumber yang masih
belum digunakan dan tidak perlu mengurangkan pengeluaran
barang lain.
(f) Misalnya jika pengeluar ingin menjalankan pengeluaran pada
titik C, pengeluar tidak perlu mengurangkan barang Y untuk
mengeluarkan 4 unit barang X.
2 Pertumbuhan ekonomi
(a) Apabila suatu titik berada di luar kawasan keluk kemungkinan
pengeluaran, maka titik itu menggambarkan tingkat pengeluaran
yang tidak mungkin dicapai. Misalnya titik F dalam Rajah 1.7
menggambarkan tingkat pengeluaran sebanyak 4 unit barang X
dan 8 unit barang Y yang tidak dapat dicapai dengan sumber
ekonomi yang sedia ada.
(b) Namun, jika berlaku kemajuan tingkat teknologi dan
pertambahan dalam sumber ekonomi misalnya pertambahan
buruh asing dalam negara, akan menyebabkan pengeluaran
dalam ekonomi bertambah, keluk kemungkinan pengeluaran akan
beralih ke kanan (yang ditunjukkan oleh garisan putus-putus
dalam Rajah 1.7). Peralihan keluk kemungkinan pengeluaran
ke kanan menggambarkan berlakunya pertumbuhan ekonomi.
3 Agihan barang
(a) Keluk kemungkinan juga dapat menunjukkan agihan barang,
misalnya pada titik A hanya barang Y dikeluarkan dan tiada
barang X dikeluarkan. Pada titik D pula, semua sumber ekonomi
digunakan untuk mengeluarkan barang X sahaja, dan tiada
sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan barang Y.
Keluk kemungkinan (b) Agihan barang adalah bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh
pengeluaran (KKP) dan
konsep yang terlibat: masyarakat dan sumber ekonomi yang ada. Jika masyarakat lebih
Berdasarkan Rajah 1.7, gemar terhadap barang X dan pada masa yang sama ada sumber
• konsep pengangguran/ ekonomi, maka lebih banyak barang X akan dikeluarkan, keadaan
ketidakcekapan penggunaan
sumber ditunjukkan oleh titik sebaliknya berlaku jika masyarakat lebih gemar terhadap barang Y.
E atau mana-mana titik yang Barang Y (unit)
terletak di dalam lingkungan
KKP
• konsep pertumbuhan 10 A
ekonomi ditunjukkan oleh
peralihan KKP ke kanan. 8 B F
• konsep agihan barang
ditunjukkan oleh titik-titik di 6 E C
atas KKP.
– Titik A : mengkhusus dalam
pengeluaran barang Y. 4
– Titik D : mengkhusus
dalam 2
pengeluaran barang X.
– Titik B dan C : 0 D Barang X
mengeluarkan kedua-dua 1 2 3 4 5 (unit)
barang X dan barang Y
Rajah 1.7 Konsep pengangguran, pertumbuhan ekonomi, dan agihan
barang dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran
22
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 22 3/27/18 4:31 PM

