Page 27 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 27

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan
           Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
        BAB    1  Sistem ekonomi perancangan pusat merupakan satu sistem ekonomi di mana pihak kerajaan berperanan
       1       dalam penyelesaian masalah asas ekonomi. Manakala individu dan pihak swasta tidak mempunyai peranan.
             2  Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenal sebagai sistem ekonomi  arahan pusat atau sistem
               ekonomi sosialis. Contoh negara yang mengamalkan corak sistem ini ialah negara komunis. Dalam sistem
               ekonomi ini, kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan dan kegiatan ekonomi.
             3  Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat ditunjukkan dalam Jadual 1.6.
                                      Jadual 1.6 Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat
                 Ciri-ciri                                  Penerangan
            (a)  Sistem pemilikan   Semua  faktor  pengeluaran  adalah  hak milik negara.  Kerajaan  atau  pihak  pemerintah  bebas
                              menggunakan  faktor  pengeluaran  untuk  mengeluarkan  barang  dan  perkhidmatan.  Individu  dan
                              pihak swasta tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian.
            (b)  Sistem membuat   Segala keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan melalui badan perancangan pusat yang ditubuhkan.
               keputusan      Sistem ekonomi ini adalah bersifat birokratik kerana pihak kerajaan atau pemerintah sahaja yang
                              membuat keputusan.
               (i)  Peruntukan     Badan perancangan pusat  akan  merancang  dan  mengawal  peruntukan  sumber  ekonomi  serta
                  sumber      corak  agihan  barang  dan  perkhidmatan  kepada  masyarakat.  Individu  dan  firma  tidak  berkuasa
                              dalam membuat keputusan peruntukan sumber. Badan perancangan pusat akan menentukan apa,
                              berapa, bagaimana, dan untuk siapa barang dikeluarkan.
               (ii)  Agihan       Agihan pendapatan dalam sistem ekonomi ini adalah setara kerana kerajaan bertanggungjawab
                  pendapatan  dalam  pengagihan  pendapatan  dan  kekayaan  secara  adil dan saksama.  Kerajaan  juga  boleh
                              mengagihkan barangan dengan sistem catuan dan kupon.
            (c)  Sistem insentif  Tujuan utama pengeluaran barang dan perkhidmatan adalah untuk memaksimumkan kebajikan
                              masyarakat.  Dalam  sistem  ini,  tiada  unsur  untung  dalam  pengeluaran  barang  dan  untung  juga
                              tidak menjadi dorongan dalam aktiviti ekonomi. Individu tidak bebas mencari kekayaan, daya usaha
                              individu tidak digalakkan kerana kekurangan insentif atau ganjaran.
           Sistem Ekonomi Campuran            ‘14
             1  Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi yang menggabungkan sistem ekonomi
               pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat. Ini bermakna penyelesaian masalah asas
               ekonomi dibuat secara bersama-sama antara pihak swasta dan pihak kerajaan.
             2  Sistem ekonomi campuran wujud akibat daripada kelemahan yang terdapat dalam sistem ekonomi
               pasaran bebas dan ekonomi perancangan pusat. Dalam sistem ini, kerajaan akan campur tangan dalam
               bidang yang tertentu di samping memberi kebebasan kepada  individu dan pihak swasta dalam kegiatan
               yang lain. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Malaysia. Dalam sistem ini, kegiatan
               ekonomi dijalankan bersama oleh kerajaan dan swasta.
             3  Ciri-ciri sistem ekonomi campuran ditunjukkan dalam Jadual 1.7.

                                         Jadual 1.7 Ciri-ciri sistem ekonomi campuran
                 Ciri-ciri                                   Penerangan
            (a)  Sistem pemilikan   Dalam  ekonomi  campuran,  terdapat  pemilikan persendirian  (pihak  swasta)  dan  pemilikan
                              awam (pihak kerajaan). Individu dan pihak swasta mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor
                              pengeluaran dan harta persendirian. Namun, terdapat sumber tertentu dimiliki oleh kerajaan untuk
                              mengeluarkan barang awam.
            (b)  Sistem membuat    Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi. Pihak swasta berperanan
               keputusan      membuat  keputusan  ekonomi  melalui  mekanisme  harga.  Kerajaan  akan  membuat  keputusan
                              ekonomi  terhadap  barang  yang  tidak  dapat  atau  tidak  mampu  dikeluarkan  oleh  pihak  swasta.
               (i)  Peruntukan     Pihak  swasta  dan  kerajaan  bersama-sama  memainkan  peranan  dalam  memperuntuk  sumber
                  sumber      ekonomi. Corak permintaan pengguna akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi. Para
                              pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ini bermakna
                              peruntukan sumber ditentukan melalui mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan
                              penawaran di pasaran. Kerajaan akan mengawal kelemahan mekanisme harga melalui undang-
                              undang dan peraturan untuk menjaga kebajikan masyarakat.
               (ii)  Agihan       Agihan  pendapatan  dalam  sistem  ini  adalah  lebih  setara  kerana  terdapat  campur  tangan
                  pendapatan  kerajaan.  Golongan  yang  berpendapatan  tinggi  dikenakan  cukai  yang  lebih  tinggi  berbanding
                              dengan golongan miskin. Selain itu, pihak kerajaan akan memastikan semua rakyat dalam negara
                              memperoleh  barang  keperluan  asas  untuk  menjaga  kebajikan  rakyat.  Sesetengah  barang  telah
                              diberi secara percuma atau diberi subsidi oleh kerajaan.

           24





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   24                                                         3/27/18   4:31 PM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32