Page 26 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 26

Ekonomi Penggal 1  STPM  Bab 1 Pengenalan

                    1.6  Sistem Ekonomi                                            Hasil Pembelajaran

                                                                                  Menggariskan kriteria     BAB
               1  Sistem ekonomi merujuk kepada gabungan peraturan tertentu yang   asas yang membezakan    1
                 diamalkan oleh pelbagai pihak, misalnya pihak pengeluar, pengguna,   sistem ekonomi, iaitu
                                                                                  sistem pemilikan, sistem
                 dan sektor kerajaan dalam ekonomi tertentu.                      membuat keputusan tentang
               2  Terdapat empat sistem ekonomi, iaitu sistem ekonomi pasaran bebas,   peruntukan sumber dan
                 ekonomi perancangan pusat, ekonomi campuran, dan ekonomi Islam.  agihan pendapatan serta
               3  Keempat-empat sistem ekonomi tersebut boleh dibezakan mengikut   sistem insentif.
                 kriteria asas yang berikut:                                            ‘10  / ‘18
                 (a)  Sistem pemilikan
                 (b)  Sistem membuat keputusan tentang peruntukan sumber dan
                     agihan pendapatan
                 (c)  Sistem insentif

             1.6.1  Ekonomi Pasaran Bebas, Ekonomi Perancangan                     Hasil Pembelajaran
                    Pusat, Ekonomi Campuran, dan Ekonomi Islam                    Menghuraikan ciri-ciri
             Sistem Ekonomi Pasaran Bebas                                         sistem ekonomi pasaran
                                                                                  bebas, sistem ekonomi
               1  Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan satu sistem ekonomi di   perancangan pusat, sistem
                 mana kerajaan tidak berperanan dalam penyelesaian masalah asas   ekonomi campuran, dan
                                                                                  sistem ekonomi Islam
                 ekonomi. Ini bermakna penyelesaian masalah asas ekonomi dibuat   berdasarkan kriteria asas.
                 oleh individu dan pihak swasta.
               2  Sistem ekonomi pasaran bebas juga dikenal sebagai sistem kapitalis
                 atau laissez faire. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah
                 Amerika Syarikat. Dalam sistem ini tidak terdapat sebarang bentuk
                 campur tangan kerajaan.
               2  Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas ditunjukkan dalam Jadual 1.5.

                                          Jadual 1.5 Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas
                     Ciri-ciri                                   Penerangan
              (a)  Sistem pemilikan   Semua faktor pengeluaran dimiliki oleh pihak persendirian (individu dan pihak swasta). Individu
                                    dan  pihak  swasta  bebas  memiliki  dan  menggunakan  faktor  pengeluaran  untuk  memenuhi
                                    matlamat masing-masing.
              (b)  Sistem membuat   Individu dan pihak swasta bebas membuat keputusan ekonomi.
                 keputusan
                 (i)  Peruntukan sumber  Pengguna  mempunyai  kuasa  keagungan  untuk  menentukan  jenis  barangan  yang  akan
                                    dikeluarkan. Corak permintaan pengguna akan menentukan corak peruntukan sumber ekonomi.
                                    Para pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan kepada permintaan pengguna. Ini
                                    bermakna peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa
                                    permintaan dan penawaran di pasaran.
                 (ii)  Agihan pendapatan  Agihan pendapatan ditentukan berdasarkan jumlah faktor pengeluaran yang dimiliki, iaitu buruh,
                                    tanah,  modal,  dan  usahawan.  Semakin  banyak  faktor  pengeluaran  yang  dimiliki,  semakin
                                    banyak pendapatan individu tersebut. Oleh itu, dalam sistem ekonomi ini agihan pendapatan
                                    adalah tidak setara.
              (c)  Sistem insentif  Terdapat  pelbagai  insentif  kepada  individu  dan  pihak  swasta  untuk  bekerja  dengan  lebih
                                    bersungguh-sungguh kerana setiap individu diberi kebebasan untuk mengumpul kekayaan.
                                    Setiap  individu  adalah  bebas  memperoleh  dan  mencari  kekayaan  dan  memiliki  harta
                                    persendirian. Setiap pengeluar bebas mendapatkan keuntungan maksimum. Para pengeluar
                                    bebas bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pasaran. Faktor ini mendorong
                                    kepada daya usaha individu yang tinggi.




                                                                                                     23





     01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd   23                                                         3/27/18   4:31 PM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31