Page 28 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 28
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
(c) Sistem insentif Individu adalah dibenarkan mencari, memperoleh, dan mengumpul kekayaan serta memiliki harta
persendirian. Para pengeluar pula dibenarkan mendapat keuntungan maksimum, jadi terdapat BAB
unsur insentif dalam sistem ekonomi ini. Faktor ini mendorong kepada daya usaha individu yang
tinggi. Dalam pengeluaran barang awam, faktor untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat 1
menjadi dorongan kepada kerajaan dalam aktiviti pengeluaran.
Sistem Ekonomi Islam
1 Sistem ekonomi Islam adalah satu sistem ekonomi yang kegiatan ekonominya dijalankan berasaskan
Al-Quran dan As Sunnah atau syariat Islam. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini
ialah Kuwait, Iran, Iraq, dan Arab Saudi.
2 Ciri-ciri sistem ekonomi Islam ditunjukkan dalam Jadual 1.8.
Jadual 1.8 Ciri-ciri sistem ekonomi Islam
Ciri-ciri Penerangan
(a) Sistem pemilikan Dalam ekonomi Islam, sumber ekonomi adalah hak millik mutlak Allah S.W.T.. Individu
hanya merupakan pemegang amanah untuk mengusahakan sumber ekonomi tersebut untuk
kebaikan manusia sejagat. Individu dan pihak swasta adalah bebas memiliki faktor pengeluaran
dan harta kekayaan selagi aktiviti tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Terdapat
sumber tertentu dimiliki oleh kerajaan untuk mengeluarkan barang awam.
(b) Sistem membuat Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi. Pihak swasta
keputusan berperanan membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga berdasarkan hukum Islam.
Kerajaan akan membuat keputusan ekonomi terhadap barang yang tidak dapat atau tidak
mampu dikeluarkan oleh pihak swasta.
(i) Peruntukan sumber Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama memainkan peranan dalam memperuntuk sumber
ekonomi dengan berdasarkan hukum Islam. Corak permintaan pengguna akan menentukan
corak peruntukan sumber ekonomi. Para pengeluar akan mengeluarkan barangan berpandukan
kepada permintaan pengguna. Ini bermakna peruntukan sumber ditentukan melalui mekanisme
harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan dan penawaran di pasaran. Kerajaan akan
mengawal kelemahan mekanisme harga melalui undang-undang dan peraturan untuk menjaga
kebajikan masyarakat.
(ii) Agihan pendapatan Mengikut sistem ini, segala harta dan kekayaan perlu diagihkan secara adil. Setiap
individu dijamin memperoleh barangan keperluan asas. Orang yang berkemampuan diwajib
mengeluarkan zakat sebagai membersihkan harta mereka. Zakat akan diagihkan kepada
golongan yang kurang mampu bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan
kaya dengan golongan miskin.
(c) Sistem insentif Semua kegiatan ekonomi yang dilakukan dalam sistem ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Segala kegiatan ekonomi yang dilakukan dianggap
sebagai suatu ibadah dan akan mendapat ganjaran di hari akhirat nanti. Pihak swasta
dibenarkan mendapat keuntungan tetapi mesti berlandaskan syariat Islam. Jadi dalam sistem
ekonomi Islam juga terdapat unsur insentif.
Sistem Ekonomi di Malaysia Hasil Pembelajaran
1 Secara umumnya Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran, Menggariskan sistem
iaitu kegiatan ekonomi dijalankan secara bersama oleh pihak kerajaan ekonomi yang diamalkan
dan sektor swasta. di Malaysia.
2 Sistem ini diamalkan semenjak sebelum merdeka lagi. Pada ketika itu,
pihak kerajaan (British) bertanggungjawab menyediakan infrastruktur
seperti jalan, sistem kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan
keselamatan. Manakala pihak swasta mengeluarkan barang-barang dan
perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
3 Walau bagaimanapun, terdapat juga unsur-unsur ekonomi Islam yang
diamalkan seperti sistem perbankan Islam, unsur zakat, pajak gadai
Islam, dan sebagainya.
25
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 25 3/27/18 4:31 PM

