Page 11 - Pra U STPM 2021 Penggal 1 - Ekonomi
P. 11
Ekonomi Penggal 1 STPM Bab 1 Pengenalan
Barang Modal, Barang Perantaraan, dan Barang Pengguna
BAB 1 Barang modal (Barang pengeluar)
1 (a) Barang modal ialah barang siap yang telah dikeluarkan dan
digunakan untuk mengeluarkan barang lain yang boleh
menghasilkan pendapatan. Oleh itu, barang modal juga dikenal
sebagai barang pengeluar.
(b) Contoh barang modal ialah jentera, peralatan, dan bangunan kilang
yang tidak berubah bentuk fizikalnya dalam proses pengeluaran.
(c) Barang modal adalah berbeza dengan barang pengguna. Contohnya,
sebuah kereta merupakan barang modal jika kereta itu digunakan
sebagai sebuah teksi, sebaliknya jika kereta dibeli untuk kegunaan
persendirian, kereta itu dikenal sebagai barang pengguna.
2 Barang perantaraan
(a) Barang perantaraan ialah barang yang digunakan sebagai input
untuk mengeluarkan barang pengguna (barang akhir). Contohnya,
gula digunakan sebagai input untuk mengeluarkan jus buah-buahan.
(b) Sesungguhnya permintaan terhadap barang perantaraan dikenal
sebagai permintaan berkait, iaitu berkait dengan permintaan
terhadap barang akhir yang hendak dikeluarkan. Contohnya,
Jelaskan maksud setiap barang permintaan tepung adalah bergantung kepada jumlah kuih yang
berikut dengan memberikan dikeluarkan dan dijual kepada pengguna akhir.
dua contoh untuk setiap jenis 3 Barang pengguna (Barang akhir)
barang tersebut.
(a) Barang modal (a) Barang pengguna ialah barang akhir atau barang siap yang dibeli
(b) Barang perantaraan oleh pengguna. Barang pengguna dapat digunakan terus sebaik
(c) Barang pengguna sahaja dibeli di pasaran. Contoh barang pengguna ialah buku, baju,
pen, gula, dan makanan yang sudah sedia masak di kedai makanan.
(b) Barang pengguna dapat dibahagikan kepada barang tahan lama
(kereta, peti sejuk, perabot), barang tidak tahan lama (sayur-
sayuran, ikan, daging), dan perkhidmatan (perkhidmatan kesihatan,
hiburan, pengangkutan).
Hasil Pembelajaran Perkaitan antara Faktor Pengeluaran dengan Barang
Menggariskan perkaitan Ekonomi
antara faktor pengeluaran 1 Faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal, dan usahawan adalah
dengan barang ekomomi. diperlukan untuk mengeluarkan barang ekonomi. Misalnya untuk
mengeluarkan sardin, pengeluar (usahawan) memerlukan ikan (tanah),
pekerja (buruh), dan mesin mengetin (modal).
2 Faktor pengeluaran secara relatifnya adalah terhad, maka firma tidak
dapat mengeluarkan semua barang ekonomi yang diminta oleh pengguna.
Misalnya buruh dan mesin yang digunakan untuk mengeluarkan sardin
tidak boleh digunakan untuk proses pengeluaran makanan yang lain
pada masa yang sama.
3 Oleh itu, apabila firma menggunakan lebih banyak faktor pengeluaran
terhad untuk mengeluarkan sesuatu barang ekonomi, maka faktor
pengeluaran yang tinggal untuk mengeluarkan barang ekonomi yang
lain menjadi kurang. Justeru itu, penawaran barang ekonomi yang lain
menjadi kurang.
4 Kesan daripada faktor pengeluaran adalah terhad, maka firma
menghadapi masalah kekurangan dan terpaksa membuat pilihan dalam
pengeluaran barang ekonomi supaya untung dapat dimaksimumkan.
8
01 PRA U TEKS STPM EKONOMI P1.indd 8 3/27/18 4:31 PM

