Page 24 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 24

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
              ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal, dan Aurobindo
              Ghosh. Mereka mencadangkan agar semua yang berkaitan dengan British
              dipulaukan seperti barangan, pendidikan, perkhidmatan kerajaan, undang-
              undang, dan mahkamah. Namun, menjelang tahun 1920, usaha golongan
              militan tersebut gagal.
                   Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan
              kepada India dan masyarakat Islam menganggap Turki mewakili pemerintahan
              Islam. Oleh itu, masyarakat Islam di India menganggap musuh Turki juga
              musuh orang Islam. Gerakan Khilafat dilancarkan oleh Maulana Abul Kalam
              Azad Khan, Muhammad Ali, dan Shaukat Ali untuk memulaukan semua aktiviti   Penggal
              kerajaan dan penutupan premis perniagaan. Pemimpin-pemimpin Gerakan
              Khilafat mendakwa bahawa India bukanlah negara Islam dan menyebabkan
              500 000 hingga dua juta masyarakat Islam berhijrah ke Afghanistan.  1
                   Perjuangan penduduk India bercorak sederhana selepas Perang Dunia
              Pertama tetapi masih enggan bekerjasama dengan British. Mahatma Gandhi
              memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC daripada
              sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan
              masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah  satyagraha,
              ahimsa, dan  swadesi. Prinsip  swadesi ialah berdikari tanpa mengharapkan
              bantuan orang lain. Mahatma Gandhi menyarankan agar masyarakat India
              bersatu memulau barangan dari Eropah dan Britain.
                   Prinsip satyagraha bererti berpegang kepada kebenaran. Melalui prinsip
              ini, Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan
              kemerdekaan yang dibenarkan dalam sistem demokrasi. Mahatma Gandhi
              merupakan seorang pejuang antikekerasan kerana menurut beliau, kekerasan
              tidak mampu menyelesaikan masalah. Manakala, dalam prinsip ahimsa, mogok
              lapar merupakan salah satu cara penentangan. Tindakan Mahatma Gandhi
              memaksa British memberikan kemerdekaan kepada India pada tahun 1947.
                   Mahatma Gandhi yang beragama Hindu mengkritik amalan kasta dalam
              agama Hindu yang dipaparkan dalam akhbar  Young India dan  Navajivan.
              Hal ini menyebabkan golongan militan tidak berpuas hati dengan Mahatma
              Gandhi dan membawa kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose.
              Amalan  kasta yang  dikritik  oleh  Mahatma Gandhi  menarik  perhatian
              rakyat India dengan isu Harijan atau golongan yang tidak boleh disentuh.
              Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan. Beliau turut
              mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya.
                   Beberapa akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan
              memerintah India. Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta
              Montague-Chelmsford. Perarakan Garam atau Perarakan Dandi diadakan
              oleh  Mahatma Gandhi  kerana British  memonopoli  pengeluaran  garam
              dan menaikkan harga garam yang secara tradisinya dihasilkan oleh rakyat
              tempatan. Oleh itu, British telah menahan dan memenjarakan pemimpin-
              pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan INC diisytiharkan tidak sah.


                                            81




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   81                                        04/04/2019   5:25 PM
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29