Page 13 - Q & A STPM 2022 - Sejarah
P. 13

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
            sesebuah negara perlu memiliki tanah jajahan untuk menjadi kuasa besar.
            Pada tahun 1890-an, Jerman telah merampas tanah jajahan di Afrika daripada
            negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis. Itali pula
            cuba mendapatkan bekas tanah jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki
            Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali
            sebagai Libya. Di samping itu, Britain pula berasa terancam dan memerlukan
            angkatan laut yang kuat bagi melindungi empayarnya serta jalan perdagangan
            antarabangsa. Selain itu, Perancis mahu menyaingi Jerman di Morocco pada
            tahun 1911 dan persaingan ini hampir menggugat kestabilan di Eropah.
                Pada tahun 1906, Britain telah menghasilkan  HMS Dreadnought,
            iaitu sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat serta berkuasa tinggi.
            Tindakan Britain ini adalah untuk menyaingi angkatan tentera Jerman yang
    Penggal
    1       dianggap sebagai musuh utama. Selain itu, Britain, Jerman, Rusia, dan Austria-
            Hungary telah menambah lebih 50% perbelanjaan ketenteraan pada tahun
            1908 hingga tahun 1914. Semenjak itu, golongan tentera semakin berkuasa
            dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
                Tambahan pula, Friedrich Nietzsche (pemikir Jerman) menyelar nilai-
            nilai masyarakat borjois Eropah dan pengikut-pengikutnya telah menawarkan
            pembebasan diri daripada nilai-nilai liberal dan rasional yang dianggap
            mengongkong generasi baharu pada awal abad ke-20. Idea ini menjadi sangat
            popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, Rusia, dan Serbia.
                Selain itu, sistem pendidikan telah meniupkan semangat patriotik
            yang akhirnya menyemai bibit-bibit peperangan. Persatuan-persatuan di
            Jerman diasuh supaya mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan
            manakala  pendidikan  sejarah  di  Perancis  mengingatkan  para  rakyatnya
            tentang kemungkinan berlakunya perang dan melakukan segala persiapan.
                Peristiwa pembunuhan waris takhta Austria-Hungary, Archduke Franz
            Ferdinand, dan isterinya, Dutchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914
            menjadi  sebab serta-merta seluruh Eropah terlibat dalam  Perang Dunia
            Pertama. Mereka telah ditembak oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan
            ahli kongsi gelap  Black Hand. Sebelum itu, golongan nasionalis Bosnia
            berketurunan Serb yang juga ahli anti-Austria telah memberi amaran kepada
            bakal raja Austria itu, tetapi beliau tidak menghiraukan amaran tersebut dan
            peristiwa pembunuhan tragik itu telah berlaku.
                Kesimpulannya, persaingan antara
                                                  Tip Pemeriksa
            kuasa-kuasa di Eropah khususnya dalam   Tip Pemeriksa
            bidang ekonomi dan politik menyebabkan   Calon hendaklah mengetahui
            benua Eropah terheret dalam kancah    sejauh mana hubungan tegang
            Perang Dunia Pertama.                 antara kuasa-kuasa Eropah dan
                                                  faktor  ekonomi mencetuskan
                                                  Perang Dunia Pertama.





                                          70




     04 Q&A STPM SEJ P1.indd   70                                        04/04/2019   5:25 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18