Page 45 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 45
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Perusahaan tempatan juga berkembang di Jepun. Wujud pengeluaran
berasaskan daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, BAB
pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat sutera serta alat 1
tenunan di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma. Satsuma pula menjadi
pusat pengeluaran gula yang kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.
4 Pada abad ke-16, Jepun menjalin hubungan perdagangan dengan
pedagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal
memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan.
5 Penduduk Jepun juga telah mengimport barangan tropika dari Asia
Tenggara, barangan pengeluaran dari China seperti sutera, tembikar,
buku, lukisan, dan wang tembaga. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi
pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
6 Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport sejumlah
barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antara barangan utama
termasuklah pedang, kipas berlipat, dan pemidang. Kipas berlipat dan
pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China. Pedang buatan
Jepun yang melengkung diperbuat daripada besi keluli yang bersadur
dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang Damaskus atau Toledo
telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam jumlah
yang besar.
7 Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara
Barat, hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang
Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan,
mereka tidak dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat
Jepun kecuali pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di Pulau Dashima.
8 Kepesatan aktiviti perdagangan juga digalakkan dengan perkembangan
ekonomi wang. Namun, hubungan perdagangan Jepun dengan China
terputus apabila berlaku serangan lanun Jepun ke atas China. Dalam pada
masa yang sama, Jepun memerlukan sutera China dan barangan mewah
yang lain dan China pula memerlukan barangan perak dari Jepun. Oleh
yang demikian, pedagang Portugal yang menjalankan perdagangan di
Macau menjadi orang tengah dalam hubungan perdagangan antara Jepun
dengan China.
9 Pada zaman pemerintahan Tokugawa pula, berlaku pertambahan hasil
pengeluaran industri. Pada zaman ini, Tokugawa telah membawa
perkembangan dalam pengeluaran industri kesenian.
10 Masyarakat Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang
halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian
tembikar diajar oleh pembuat tembikar Korea yang dibawa masuk oleh
tentera Hideyoshi dan berkembang menjadi industri penting di Jepun.
11 Seterusnya, industri tekstil turut berkembang pesat dengan menghasilkan
broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-
besaran barangan laker yang mempunyai nilai hiasan yang sangat indah.
Keunikan barangan keluaran Jepun ini ialah dapat menyeimbangkan
teknikal dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak dapat ditandingi oleh
dunia moden.
43
Bab 01 43 3/27/18 11:33 AM

