Page 41 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 41
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
1.3.1 Masyarakat Maritim di Portugal ’14
BAB
1 Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan Faktor kemunculan Portugal
penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami sebagai kuasa maritim: 1
Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai – Perkembangan kapitalisme
dan merkantilisme.
cita-cita yang sangat tinggi serta menggalakkan para pelayar mencari – Peranan Putera Henry.
jalan ke dunia baru. – Memecah monopoli
perdagangan saudagar Itali
2 Selain itu, Portugal merasakan bahawa negara mereka tidak menghadapi dan Islam.
saingan daripada negara-negara Eropah yang lain. Misalnya, Sepanyol – Penyebaran agama Kristian.
yang masih belum teguh dan bersatu padu. Manakala, negara Itali pula – Pengaruh Renaisans.
masih tidak bersatu kerana setiap negara kota bersaing untuk menguasai – Perlumbaan antara negara
bangsa.
perdagangan di Laut Mediterranean. Pada masa yang sama, negara – Kemajuan teknologi pelayaran.
Perancis dan England terlibat dalam Perang Seratus Tahun dan Belanda – Perang Salib.
pula menghadapi masalah dalam negara. – Pengetahuan tentang dunia
luar.
3 Oleh yang demikian, bagi menjayakan cita-citanya, Portugal telah
mengorak langkah pertama. Di bawah pemerintahan Putera Henry
atau lebih dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal
telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15.
4 Putera Henry menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan
penjelajahan. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres dan
mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi
dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.
5 Putera Henry mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran
kerana ingin menguasai kekayaan di Afrika dan mencari Prester John Foto 1.20 Henry The Navigator
yang menjadi raja dalam kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
6 Antara kejayaan Putera Henry ialah ramai daripada kelasi beliau telah
menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat
benua Afrika.
7 Pelayar Portugal tiba di Kepulauan Canary, Kepulauan Madeira, dan
menjajahnya. Seterusnya, mereka sampai di Tanjung Blanc pada tahun
1441 dan persisiran pantai Guinea. Di sini, pelayar Portugal menemui
emas dan membawa balik penduduk Guinea untuk dijadikan hamba
abdi.
8 Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal
telah menjelajah lebih jauh lagi.
(a) Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah berjaya sampai ke
bahagian paling selatan benua Afrika, iaitu Cape of Good Hope.
(b) Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung
Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika
menuju ke Malindi.
(c) Di sini, Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab
untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India.
(d) Vasco da Gama tiba di Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan Foto 1.21 Vasco da Gama
tugu sempena memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.
39
Bab 01 39 3/27/18 11:33 AM

