Page 42 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 42
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal
BAB yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur.
1 (f) Kejayaan tersebut membolehkan beliau menemui jalan laut baru
ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manuel I untuk
menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah
kawasan di Timur.
9 Dengan kejayaan ini, kapal-kapal Portugal telah belayar ke Timur
menggunakan jalan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang
barangan berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata, dan rempah.
Raja Portugal melantik Alfonso de Albuquerque sebagai Wizurai di Goa,
India untuk menjaga pangkalan perdagangan dan kepentingan Portugal.
10 Pada tahun 1503, Portugal menguasai Cochin dan perairan Pantai
Malabar. Di sini, Portugal telah memaksa kapal-kapal berdagang hanya
menggunakan lesen Portugal.
Foto 1.22 Alfonso de 11 Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah di
Albuquerque Cochin. Sejak itu, bermulalah penguasaan laut antara Portugal dengan
orang Arab. Sebelum ini, pedagang Arab menguasai perdagangan eksport
dari pelabuhan India ke Eropah.
12 Oleh yang demikian, berlaku peperangan antara Mesir dengan angkatan
Portugal di Chaul. Kemenangan memihak kepada Portugal dan
membolehkan pedagang Portugal menguasai jalan perdagangan di Laut
Arab dan Lautan Hindi.
13 Portugal seterusnya meluaskan penjelajahan ke Afrika dan mendirikan
pangkalan di Tanzania sebagai langkah untuk menguasai Lautan Hindi.
Perluasan perdagangan diteruskan ke Kenya serta mendirikan pangkalan
di situ.
14 Matlamat untuk penguasaan rempah diteruskan apabila Lopez de
Galeri Info Sequeira dihantar ke Melaka pada tahun 1509 untuk menyerahkan surat
Penjajahan Portugis di Melaka: daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang
Portugal berdagang.
Tarikh Peristiwa
(a) Namun, saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan
25 Julai Portugis berjaya
1511 menguasai kepada Sultan Melaka peristiwa yang berlaku di pantai Malabar dan
jambatan berjaya memujuk Sultan Melaka untuk menyerang kapal Portugal.
Sungai Melaka (b) Akhirnya, Portugal berjaya menguasai Melaka pada tahun 1511.
hasil maklumat
daripada Si Kitol (c) Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan
tentang kekuatan di Lautan Hindi.
pertahanan
Melaka. 15 Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangkalan
10 Ogos Portugis berjaya perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera, Jawa, atau dikenali sebagai
1511 mengalahkan Kepulauan Rempah. Kesemua tindakan tersebut membuktikan
askar Melaka. kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.
24 Ogos Melaka jatuh ke
1511 tangan Portugis. 16 Penguasaan perdagangan Portugal di Lautan Atlantik bermula pada
tahun 1500. Pada bulan Mac 1500, sebuah kapal Portugal di bawah
pimpinan Pedro Cabral yang belayar menuju ke India telah hanyut
hingga sampai ke pantai Brazil, Amerika Selatan.
40
Bab 01 40 3/27/18 11:33 AM

