Page 46 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 46

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                      12  Masyarakat maritim Jepun juga mulai menerima kemasukan teknologi
        BAB                               Barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan (seperti
                                          senapang dan meriam), kesenian, serta penyebaran agama Kristian.
       1
                                      13  Kemahiran dalam pembinaan kapal juga merupakan perkembangan
                                          teknologi dalam masyarakat maritim Jepun. Mereka mampu membina
                                          kapal  besar  yang  dapat  meredah  lautan  dan dilengkapi  dengan
                                          persenjataan. Malahan, mereka juga menguasai ilmu pelayaran dan
                                          mampu belayar sehingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan,
                                          Korea dan China. Antara tahun 1600 hingga tahun 1635, lebih daripada
                                          350 buah kapal Jepun melakukan pelayaran perdagangan ke luar negara.
                                      14  Pemerintahan Ieyasu mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan
                                          dengan negara luar. Pengamalan sifat keterbukaan ini telah membawa
                                          kepada perkembangan dalam perdagangan di Jepun. Dalam mengamalkan
                                          sifat keterbukaan ini, Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan
                                          daripada persaingan Barat dalam perdagangan dan mahu melayan semua
                                          negara dengan saksama dan adil.
                                      15  Ieyasu juga mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan
                                          Sepanyol di Filipina. Oleh itu, beliau telah mengutus surat dan
                                          mencadangkan perdagangan dengan Sepanyol di samping meminta
                                          bantuan dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal.
                                      16  Namun, gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapan dan
                                          kedatangan mereka ke Jepun lebih menjurus kepada penyebaran agama
                                          Kristian. Hal ini menyebabkan kemarahan Ieyasu. Beliau menyambut
                                          baik kedatangan pedagang Belanda dan British dan tidak bergantung
                                          kepada kapal-kapal dari Portugal dan Sepanyol.
                                      17  Perkembangan  ekonomi  perdagangan  telah  membawa  kepada
                                          perkembangan bandar. Bandar raya Kyoto, iaitu ibu kota diraja kuno telah
                                          berkembang menjadi pusat ekonomi serta tumpuan utama pengeluaran
                                          barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun.
             Foto 1.23 Istana di Kyoto   18  Seterusnya, sebuah bandar lain yang khusus memajukan perdagangan
                                          dan perindustrian telah berkembang maju secara beransur-ansur di
                                          bahagian hujung timur laut Inland.
                                      19  Bandar ini dikenali sebagai Osaka dan sehingga akhir abad ke-16, Osaka
                                          menjadi bandar bebas di luar kawasan bangsawan feudal dan hanya
                                          dikuasai oleh pedagang tempatan dan istana kuil agung mazhab Tanah
            Layari laman web berikut      Suci Benar.
            untuk maklumat tentang
            sejarah Osaka:            20  Kemudiannya, Edo yang penduduknya dalam kalangan samurai muncul
            •  http://en.wikipedia.org/   sebagai bandar batu dan mengatasi bandar-bandar lama.
              wiki/Osaka
                                      21  Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdagangan di Jepun,
                                          penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas
                                          dan amat bernilai. Penggunaan mata wang ini telah menggantikan
                                          penggunaan beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun
                     INFO
                                          dan digunakan secara meluas sejak abad ke-15.
                                      22  Dengan  ini,  jika  sebelum  ini  beras  dijadikan  ukuran  rasmi  kekayaan
                                          golongan shogun dan daimyo, maka semuanya berubah dengan
                                          perkembangan perdagangan dan pertumbuhan bandar seperti Osaka
                                          dan Yedo.


            44






      Bab 01   44                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51