Page 43 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 43
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
17 Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan
dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, BAB
menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. 1
Kesemua hasil tersebut telah diperdagangkan dan memberi keuntungan
kepada Portugal.
18 Pada akhir abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan
Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.
19 Menjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke
Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal
ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera, dan batu permata.
20 Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada
abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada
pedagang di Venice, Itali dengan harga yang mahal. Pedagang Venice
pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada
pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.
21 Oleh itu, kejayaan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi boleh
membawa kepada penguasaan rempah-ratus dan juga pengambilalihan
peranan pedagang Venice sebagai orang tengah dalam penjualan
barangan dari Timur.
22 Bagi mencapai matlamat tersebut, Portugal menggunakan pelabuhan
Lisbon sebagai pusat perdagangan yang penting dan menjadi tumpuan
pedagang-pedagang Eropah.
23 Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan
perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India berjaya
memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis, dan bunga
cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan
pelbagai aktiviti perdagangan lain.
24 Seterusnya, Portugal menggunakan Antwerp sebagai pusat pengeksportan
dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Kesannya, dalam masa
tiga puluh tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus
yang dikuasai oleh pedagang Venice.
25 Pada tahun 1510, Raja Manuel I berjaya mengumpul kekayaan sebanyak
1 juta cruzados daripada pasaran rempah-ratus sahaja. Namun, selepas
tahun 1550-an, Portugal tidak dapat menampung kos pengeluaran yang
tinggi sehingga mengakibatkan aktiviti perdagangan di Antwerp menjadi
muflis.
26 Pada tahun 1542, pedagang Portugal berjaya memasuki Jepun. Pada
tahun 1543, kapal-kapal pedagang Portugal mula memasuki pelabuhan
di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Portugal
kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan negara asing
(M.Rajendran, 1988: 28).
27 Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Jepun
mula menerima teknologi Barat seperti teknologi kapal, kesenian, dan
penyebaran agama Kristian.
41
Bab 01 41 3/27/18 11:33 AM

