Page 40 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 40
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
BAB ’14 1.3 Masyarakat Maritim
1 1 Sejurus selepas zaman Renaisans dan reformasi agama di Eropah, berlaku
Hasil Pembelajaran
Revolusi Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdagangan ini diketuai
Menjelaskan definisi dan oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi
ciri-ciri masyarakat maritim. mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme
menekankan kekayaan, kekuasaan, dan kebajikan.
2 Ekonomi kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan
modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran, dan peniagaan
untuk keuntungan. Gabungan merkantilisme dan kapitalisme membawa
kepada Revolusi Perdagangan.
3 Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas
kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan
Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad
ke-19.
4 Revolusi Perdagangan pada abad ke-15 dan ke-16 berlaku disebabkan
oleh pelbagai faktor. Antaranya:
(a) Penguasaan perdagangan Laut Mediterranean oleh kota-kota Itali.
(b) Perkembangan perdagangan yang menguntungkan antara kota Itali
dan pedagang Liga Hanseatik di Utara Eropah.
(c) Pengenalan mata wang syiling secara meluas, khususnya mata wang
Ducat, Venice dan Florin, serta Florence.
(d) Terdapat lebihan modal dalam perdagangan, perkapalan, dan
perlombongan.
Foto 1.19 Marco Polo (e) Permintaan untuk peralatan perang dan galakan yang diberikan
oleh raja-raja kebangsaan kepada kemajuan perdagangan untuk
menambahkan kekayaan dalam bentuk percukaian.
(f) Keinginan untuk mendapatkan barangan Timur. Lebih-lebih lagi
dengan adanya maklumat daripada pelayar Marco Polo yang
menghuraikan kekayaan negara China.
5 Kesemua faktor tersebut telah memberi semangat kepada pemerintah
Galeri Info dan pelayar untuk meneroka peluang baru di dunia luar di samping
Marco Polo merupakan dapat menambah kekayaan. Revolusi Perdagangan mendapat sambutan
pengembara terkenal berasal yang memberangsangkan daripada pelayar-pelayar. Antara negara yang
dari Venice, Itali. Pada tahun mempeloporinya ialah Sepanyol dan Portugal. Diikuti oleh England dan
1271, beliau bersama bapanya,
Niccolo dan bapa saudaranya, Perancis.
Maffeo meninggalkan Venice
dan memulakan pelayaran ke 6 Bagi negara Jepun pula, Revolusi Perdagangan hanya tertumpu kepada
China. Kisah pelayarannya negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar
tercatat dalam bukunya yang pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintah Jepun.
bertajuk The Travellars of
Marco Polo. 7 Jepun hanya menjuruskan aktiviti perdagangan dengan negara China
dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-
daimyo di bawah kekuasaan Shogun. Namun begitu, Jepun membuka
pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan
yang terhad dan pelbagai peraturan dikenakan.
38
Bab 01 38 3/27/18 11:33 AM

